NOVEL : JUARA

PENGENALAN

Menurut Sumarjo (2010), novel boleh ditakrifkan sebagai produk masyarakat. Hal ini demikian kerana novel dibentuk oleh anggota masyarakat berdasarkan desakan-desakan emosi atau rasional dalam masyarakat.Manakala dalam istilah novel berasal daripada perkataan novella iaitu daripada bahasa Itali yang membawa maksud ‘perkhabaran baru’.Novel dalam konteks ini dimaksudkan sebagai kisah rekaan atau fiksyen yang panjang berbanding cerpen yang merupakan kategori cerita rekaan yang bersifat prosa.Perkara atau pokok utama dalam menghasilkan karya ialah keupayaan penulis mengungkapkan isi atau persoalan mengenai tema yang ingin dicorakkan.

Novel yang baik dan bermutu sewajarnya memperlihatkan ciri seperti tema, plot (urutan peristiwa), subplot, teknik penceritaan, latar, gaya bahasa, watak dan perwatakan serta sudut pandangan untuk dihayati. Namun apabila sesuatu karya diangkat karyanya sebagai karya agung, sesebuah karya mestilah “luar biasa” dari segi nilai seninya, nilai budaya, nilai ilmu dan pemikiran yang terkandung dalam sesebuah karya. Selain itu, penelitian sesuatu karya juga dari aspek teknik kepengarangan dan nilai bahasa yang tinggi serta indah.


Ciri-ciri sesuatu karya boleh dinilai berdasarkan pemikiran, estetika dan kepengarangan karya agung, nilai budaya dan pandangan hidup, serta nilai ilmu dalam karya agung.Walau bagaimanapun, sesebuah karya tidak hanya dilihat dari aspek tersebut kerana setiap karya yang dihasilkan terdiri daripada latar, pemikiran dan budaya berbeza.  Dalam novel Juara karya S,Othman Kelantan ini, penelitian akan dibuat mengikut ciri-ciri tersebut bagi membuktikan bahawa karya ini mempunyai nilai dan manfaat untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan masyarakat sehingga ke hari ini.


SINOPSIS

Juara adalah istilah yang digunakan merujuk kepada ‘pengarah’ atau ‘jurulatih’ lembu yang sedang beradu.Karya ini sarat dengan budaya hidup Melayu Selatan Thai dengan situasi konflik politik yang tidak menentu yang telah digambarkan oleh pengarang dengan tidak berkuat kuasanya undang-undang dengan adil lalu kejadian pembunuhan merajalela di Selatan Thai. Juara mengisahkan Mamat dan anak-anak buahnya yang terdiri daripada Mat San , Jali, Seli, Sani dan Salim yang kematian rakan seperjuangan mereka , iaitu Abang Lazim ayah kepada Sani dan Salim kerana ditembak mati selepas mereka memenangi laga lembu.

Mamat merupakan ahli politik yang meletak jawatan setelah gagal dalam pilihan raya sebanyak dua kali walaupun beliau merupakan antara orang kuat yang mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau meletak jawatan disebabkan oleh masyarakat sudah tidak memerlukan lagi khidmatnya dan terdapat persaingan dengan parti lain. Mamat yang licik ini sebenarnya banyak bermain ‘trick’ berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas seorang ahli politik.

Setelah kalah dalam politik di Kelantan, Mamat berpindah ke Siam dan mula mendekati laga lembu melalui Abang Lazim. Kehebatan Mamat dalam bidang laga lembu memang tidak dapat disangkal lagi kerana beliau dapat menilai lembu  dan menjadikannya dihormati dalam kalangan anak buahnya. Mamat sebenarnya ingin menuntut bela atas kematian sahabatnya, Abang Lazim.Dipercayai dilakukan oleh Pak Isa, Dollah Munduk dan kumpulan mereka yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Calet dengan lembu mereka, iaitu Langsat.Kemenangan yang dicapai oleh Abang Lazim dan Mamat melalui lembunya bernama Calet, diakhiri dengan pembunuhan tragis yang dilakukan oleh Dolah Mundok (orang kanan Pak Isa).Semuanya akibat perasaan tidak puas hati kerana merasakan Mamat telah melakukan banyak penipuan dalam pertandingan tersebut.

Selepas Calet mati ditembak bersama Abang Lazim, Mamat mula melatih Aral yang merupakan lembu muda. Setahun telah berlalu selepas peristiwa berdarah itu, Aral akan beradu dengan seekor lembu dari Pulau Lonel yang merupakan lembu Pak Isa. Sebelum berlaku pertarungan juara tersebut, Pak Isa telah membuat persediaan yang rapi terhadap lembunya dengan membaluti tanduk lembu dengan besi agar lebih tajam dengan tujuan ingin membunuh Aral.Namun, yang berlaku pada hari tersebut bukanlah laga lembu, tetapi pertarungan hebat antara Pak Isa dengan Mamat.Hal ini disebabkan oleh Pak Isa yang masih tidak berpuas hati dan berdendam kerana kalah pada suatu waktu dahulu manakala Mamat pula berdendam disebabkan kematian Abang Lazim.

Dalam pertelingkahan yang berlaku telah diakhiri dengan kematian Pak Isa yang mati ditembak oleh Mamat di hadapan semua penyokong laga lembu.Suasana politik yang tidak menentu di Selatan Thai dan juga hubungan erat antara masyarakat Melayu Kelantan dan Selatan Thai tidak boleh disangkal.Penulis berusaha mengingatkan para pemuda bahawa wilayah Selatan Thai seperti Pattani, Narathiwat dan Yala adalah wilayah Melayu yang sepatutnya bersama Kelantan.


PEMIKIRAN DALAM NOVEL JUARA


Secara umum, pemikiran menurut Mohd Yusof Othman (1998) mempunyai pengertian yang luas dan boleh diterangkan dalam pelbagai pendekatan.Namun, berfikir merupakan suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan seseorang.Oleh yang demikian, hanya orang yang mampu berfikir boleh melakukan perubahan dan menjana aktiviti yang bersifat kreatif serta membangun. Kemampuan dan keluasan berfikir tidak akan menjadikan seseorang itu stereotaip dalam tindakan dan amalannya. Konsep pemikiran pernah dijelaskan oleh Zainal Kling (1993) sebagai kegiatan untuk membentuk sesuatu sistem tanggapan yang akan menjadi rangka berfikir yang wajar bagi semua anggota masyarakat. Menurut Asmah Haji Omar (1986) pula, beliau memberikan pendapat seperti yang terdapat dalam petikan dibawah.

“Adapun definisi yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi untuk pemikiran, untuk tujuan kajian, kita  akan mentafsirkannya sebagai kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam otak kita apabila menghadapi sesuatu keadaan, perbuatan, dan sebagainya. Hasil daripada pemikiran itu adalah fikiran.”

S. Othman Kelantan (1997) mendefinisikan pemikiran sebagai idea yang wujud daripada golongan intelektual yang menggunakan fakulti kritikal dalam mindanya untuk memikirkan sesuatu masalah dalam masyarakatnya.Pemikiran itu disebarkan di dalam lingkungan masyarakatnya atau keluar daripada masyarakatnya.Mungkin oleh sebab memikirkan ancaman yang muncul pada zamannya, golongan intelektual ini merakamkan ketidaksenangan dan kegelisahannya dalam bentuk novel.Pemikiran yang tersembunyi dalam novel ini dikaji untuk melihat keupayaan dan keunggulan pengarang Melayu meluahkan perasaan mereka yang beragam dan komplek itu.Justeru, pemikiran dalam novel juga dapat dilihat melalui watak-watak yang beraneka ragam.

Setiap novel yang dihasilkan oleh S. Othman Kelantan mempunyai pemikirannya tersendiri. Setiap daripadanya membawa keunikannya yang tidak terdapat dalam mana-mana novel lain. Antara novel karya S. Othman Kelantan yang menjadi tumpuan ramai pembaca ialah novel Juara.Kemunculan novel ini sememangnya telah mengangkat namanya dalam dunia kesusasteraan.Dalam novel ini jelas memperlihatkan pemikiran mengenai politik dan perjuangan orang Melayu.Pemikiran itu tertera dengan jelas dalam novel Juara ini sekaligus novel ini menjadi refleksi politik Melayu pada masa itu.Hal ini berikutan dengan situasi yang berlaku pada masa itu iaitu terdapatnya pergolakkan politik di negara ini.

Menerusi watak Mamat, banyak aspek politik boleh didebatkan.Kegagalannya sebagai bekas orang politik di Kelantan, dan kemudianya merajuk ke Bangnara, di Selatan Siam menunjukkan pergolakan jiwa yang dahsyat untuk menjadi orang teratas. Rasa mahu berkuasa yang sangat kuat itu menjadikan beliau seakan kabur akan tanggungjawab seterusnya sebagai suami bapa dan sebagai seorang islam. Mamat misalnya meminta isterinya memastikan Aral mendapat makanan yang secukupnya tetapi keluarganya sendiri terpaksa dicatu makan dan minum mereka.Minah, isteri mamat sering menjadi sumber mamat untuk mendapatkan wang taruhan dengan menjual barang kemas miliknya. Mamat juga digambarkan warak, selalu mengimamkan jemaah di rumahnya, memegang tasbih ketika mahu diiringi ke penjara tetapi dalam masa yang sama tidak dapat membasmi perangai ketagih berjudi laga lembunya. Dia baik dan buruk serentak.Perwatakan yang kontradik ini tentulah menarik untuk direnungi.

Bagaimana pemikiran politk di sebalik sifatnya yang tersirat dalam Juara?Tindakan Mamat yang masih berlaga lembu untuk kembali menjadi juara itu barangkali suatu manifestasi protesnya terhadap nostalgia politiknya di tanah tumpah darahnya. Barangkali ada sesuatu yang tidak dipersetujuinya di sana. Berjudi laga lembu di satu desa kecil dengan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dengan Melayu sebagai minoriti pula, dengan itu menyediakan satu atmosfera yang sangat sesuai kepada “pemberontak” seperti Mamat. Dia seolah menyediakan satu mekanisme melawan kembali dalam perjuagan bentuk barunya, yang mungkin dapat disamakan dengan perjuangan politiknya dahulu.

Dia mungkin menjadikan laga lembu atas dasar pelarian sahaja serta melupakan kenangan lamanya di kampung.Pengarang memasukkan pemikirannya dalam novel ini dengan menunjukkan kepada pembaca bahawa melaga lembu dan mengumpul pengikut untuk memperbanyakkan taruhan dengan pilihanraya, menabur janji dan kemudian senyap setelah menang tidak mempunyai perbezaan.Inilah pemikiran mendalam pengarang yang harus difahami oleh seseorang pembaca.Kedua-duanya mencari kemenangan, kepuasan sementara yang palsu, yang sering pula diatasi oleh serakahnya nafsu. Kalah menang, tawa sendu dalam “mencari diri” di gelanggang laga lembu juga tidak banyak berbeza dengan kalah menang dan tawa sendu mereka yang berjuang di atas platform politik moden dengan lesen demokrasi. Dalam juara, laga lembu ialah politik, politik ialah lembu, sebagaimana yang ditegaskan oleh novelisnya:

“gelanggang politk dengan gelanggang lembu itu tidak jauh bezanya dengan praktik. Lembu itu pun sama dengan politik, sama-sama diperjudikan. Kalau lembu itu kalah, orangnya pun kalah.Kalau politk kalah, orangnya pun kalah.Politik itu lembu.Dan lembu itu politik!”
                                                            (S.Othman Kelantan 2004:71)

Elemen ini menyebabkan juara seolah-olah mempunyai dua plot yang selari iaitu kisah Mamat seorang pejuang politik yang tewas dan kisah laga lembu yang menjadi budaya masa lapang masyarakat sekatan siam. Novelis menyiratkan makna pemikiran yang mendalam tentang hakikat politik melayu yang hodoh di sebalik metafora laga lambu tersebut. Namun, dalam masa yang sama novelis turut ghairah menghantar tema utama ini secara langsung menerusi contoh petikan diatas. Sekiranya ayat-ayat seperti “politik itu lembu dan lembu itu politik” itu tidak diberitahu atau diulang, pembaca sastera yang kritis masih dapat menyaring pemikiran beliau. Fenomena laga lembu dan latar belakang Mamat sebagai ahli politik yang kalah dan merajuk ke tempat orang dan menemui dirinya semula di gelanggang yang lain adalah analogi yang sedia jelas dan tidak perlu diberitahu secara langsung lagi.

Seterusnya dengan mengambil lembu itu pula sebagai satu metafora, novelisnya mendakwa bahawa setiap bahagian tubuh seekor lembu seperti kepala, perut, tanduk dan ekor mewakili pihak tertentu dalam masyarakat.Menurutnya, kepala mewakili golongan perintis dalam politik yang tidak menikmati kedudukan. Pejuang kemerdekaan umpama tanduk yang menikam dan mengalahkan lawannya tetapi tidak beroleh apa-apa, sebaliknya menemui penderitaan, tewas berjuang atau mati tanpa banyak dikenang. Perut mewakili kelompok yang berjuang sedikit atau tidak berjuang langsung tetapi menikmati hasil yang banyak.Mereka ini lazimnya penonton atau berjuang sebagai penyokong sahaja, dan golongan inilah yang paling ramai.Sedangkan kaki dan ekor mewakili rakyat biasa yang menyokong kenaikan seorang tokoh, kelompok pengundi, yang menaikkan perut menjadi kaya raya, tetapi ekor dan kaki ini bergelumang dengan tahi dan air kencing. Ringkasnya, novelis cuba menyampaikan bahawa pejuang politik sebenar sering tidak tertonjol, malah dilupakan. Sebaliknya, mereka yang munafik dan tidak berkebolehan yang selalu mendapat faedah dan terus disanjung orang.

Novelis juga cuba menyampaikan pemikirannya mengenai masyarakat Melayu yang terabai, kurang kesedaran untuk maju dan menghabiskan masa dengan sia-sia. Hal ini boleh dilihat apabila kawan-kawan mamat turut terjebak dalam perangkap yang sama. Sani, Salim, Jali, Mat San dan Semail turut sekepala gemar berjudi laga lembu. Mamat dan rakan-rakannya adalah contoh produk masyarakat yang terabai. Pelajaran bukanlah perjuangan utama hidup mereka,malah dapat dikatakan mereka merupakan mangsa keadaan masyarakat yang tidak mementingkan pelajaran. Hal ini membuatkan mereka tidak dapat bersikap dan berfikir selari dengan cabaran yang dibawa oleh era ilmu yang bergolak di luar lingkungan mereka. Akhirnya mereka menjadi masyarakat pinggiran yang hidup jauh dari kota dan hanya memenuhkan masa dengan kegiatan kurang berfaedah seperti laga lembu. Apabila manusia tidak memanfaatkan akal sebagai anugerah tertinggi Allah, yang mampu membezakan dengan haiwan, manusia juga turun darjatnya dengan “meniru” sikap haiwan seperti selalu bergaduh, bermusuh, berbunuhan dan melempiaskan hawa bafsu tanpa batasan. Dalam Juara, manusia seolah-olah menjadi haiwan kerana haiwan.

Lain daripada itu, novelis juga cuba menyampaikan pemikirannya mengenai sikap pemimpin setempat pada masa itu. Ketiadaan ilmu menjadikan masyarakat bangnara hidup terpinggir dalam kelompok kecil.Inilah juga masalah masyarakat melayu.apabila pemimpin sendiri tidak menjadikan dirinya sebagai model, bagaimana pengikut dapat berubah menjadi manusia yang lebih baik. Sebagai contoh, Mamat yang sepatutnya menjadi ketua keluarga yang memberikan contoh keperibadiaan dan akhlak yang baik kepada keluarganya tidak terjadi dalam novel ini.walau bagaimanpun, mamat bukanlah seorang yang buta keseluruhan mengenai situasi yang membelit dirinya itu. Dia meletakkan harapan pada Jusuh.Anak lelaki bongsunya ini dihantar belajar ke sekolah agama di Kelantan. Secara sedar atau tidak, tindakan menghantar anaknya belajar di tempat yang membuang dirinya dahulu itu, barangkali merupakan refleksi bahawa jauh di lubuk hatinya, Kelantan masih segar dalam diri Mamat. Tanah asal masih menjadi pilihan walaupun hujan batu di situ. Hal ini ditegaskan menerusi prinsip mamat:

“Jusuh adalah diri dia sendiri.Kegagalan dia memberi pelajaran, ertinya kegagalan jusuh untuk menjadi manusia. Kegagalan dia menanam otak ke dalam anak laki-lakinya yang seorang ini, akan hilang semua keturunan yang selamanya dikenal sebagai pejuang. Sekalipun perjuangannya tidak pernah dikenang walau seurat benang pun.”
                                                                                                (S.Othman Kelantan 2004:38)

S.Othman Kelantan juga sering menjadikan novelnya sebagai jambatan kritikan sosial, sama ada secara halus atau secara nyata. Pemikirannya mengenai sosio budaya Melayu yang kurang disenanginya dikritik secara terbuka atau tersirat.Masyarakat kampung Bangnara misalnya merupakan contoh terbaik bagaimana novelis telah memilih subjek daripada latar yang sangat istimewa untuk menyampaikan pemikirannya.Mereka ialah masyarakat yang berbangga dengan kegiatan judi, hubungan peribadi sesama keluarga dan kawan sahaja dan perangai hasad dengki yang banyak dibawa dalam aktiviti berjudi ini.kaum muda hanya berbincang bagaimana menjejak musuh mereka untuk membalas dendam. Parang,pistol dan senapang dibawa ke mana-mana seperti membawa pen dan cermin mata. Hal ini menunjukkan bahawa keganasan ialah pilihan pertama dan bukannya perundingan.

Sifat serba mudah ini tentulah tidak mampu membawa mereka melihat sesuatu permasalahan (seperti Mamat yang tidak dapat menilai rasional nasihat isterinya agar berhenti berjudi, sebaliknya menggesa isterinya untuk memahami perjuangannya sebagai orang berjuang hatta di gelanggan laga lembu) secara kontekstual, teliti dan terperinci. Warga desa dalam juara adalah masyarakat yang mentafsir persekitaran setakat apa yang dapat dilihat secara fizikal. Mereka konservatif, kurang rasional dan selesa dengan persekitaran yang tidak berubah.

Juara juga memperlihatkan pemikiran adat rimba iaitu pihak yang bijak dan kuat akan mengeksploitasi pihak yang bebal dan lemah. Perjuangan kawan-kawan Mamat dalam Juarajuga perjuangan yang sia-sia apabila terpengaruh dengan dogma perjuangan yang tidak sepatutnya menjadi matlamat perjuangan. Apabila gagal menganalisi diri, sama ada kekurangan atau kelebihan masing-masing, jadilah sebahagian besar masyarakat yang tidak tahu kemampuan diri sendiri. Mereka juga mungkin terjebak menjadi puak yang bodoh sombong, menjadi ego kerana terasa benar, dan mudah melenting apabia ditegur walaupun sebenarnya memang salah.Kerana itulah pembunuhan sering berlaku di sini. Segegak gempita sorak penyokong di bon lembu dalam Juara, begitulah juga gawatnya masyarkat dalam mencari mentor atau role model untuk di sanjung. Bayangkan sekiranya orang yang salah dinaikkan.Samalah seperti lembu yang tanduknya tidak cakah, pasak kakinya kurang mencengkam dan tubuhnya tidak pagan, namun berimpian untuk menjadi yang terbaik. Lebih buruk lagi, penyokong pula sedar akan keadaan ini, namun masih menyokong dengan harapan keuntungan akan teragih sama.

Juara adalah sebuah karya yang cuba melihat dengan lebih jauh, lebih dalam daripada paparan keseronokan melaga lembu. Novel ini berusaha merangsang masyarakatnya berfikir tentang politik dan kepimpinan, mengajak mereka mengkaji diri, melakukan penghijrahan seandainya perlu dalam mentafsir seribu satu pergolakan politik yang berlaku di sekeliling kita.Novel ini serentak mengajar agar masyarakat (dibaca mengikut politik) menjadi pemerhati dan pengundi yang lebih waras dan bijak berfikir, kerana politik yang sihat menjanjikan negara yang makmur, seterusnya bangsa yang kuat dan dihormati. Seandainya pilihan itu salah, politik akan goyah, pemimpin kelak rebah, dan akhirnya rakyat yang menerima padah dengan berpecah belah. Novelis juga menyindir secara senyap menerusi laga lembu yang ditanjul hidung samalah seperti tanah Melayu yang sudah merdeka tetapi masih terpenjara oleh British. Akhirnya, walaupun S.Othman Kelantan kelihatan seperti bertindak menghentam politik Melayu dalam novelnya ini,namun secara tersirat juga beliau mengutus kecintaan senyapnya terhadap orang Melayu dan kesinambungan politik Melayu.


NILAI BUDAYA DALAM NOVEL JUARA

Nilai-nilai budaya merupakan nilai- nilai yang disepakati dan tertanam dalam suatu masyarakat, lingkup organisasi, lingkungan masyarakat, yang mengakar pada suatu kebiasaan, kepercayaan (believe), simbol-simbol, dengan karakteristik tertentu yang dapat dibezakan satu dan lainnya sebagai acuan perilaku dan tanggapan atas apa yang akan terjadi atau sedang terjadi.Nilai-nilai budaya akan tampak pada simbol-simbol, slogan, moto, visi misi, atau sesuatu yang nampak sebagai acuan utama  suatu lingkungan atau organisasi.Ada tiga hal yang terkait dengan nilai-nilai budaya iaitu simbol-simbol, slogan atau yang lainnya yang kelihatan jelas iaitu sikap, tindak laku, gerak gerik yang muncul akibat slogan, moto tersebut.Kepercayaan yang tertanam (believe system) yang mengakar dan menjadi kerangka acuan dalam bertindak dan berperilaku (tidak terlihat).

Nilai budaya juga ialah nilai yang terdapat dalam suatu novel tersebut yang dapat dicontohi oleh para pembaca dan juga masyarakat. Nilai budaya yang terdapat dalam karya klasik atau moden adalah nilai yang seakan sama akan tetapi terdapat nilai budaya yang mungkin agak berlainan yang terdapat dalam karya klasik dan juga moden. Berdasarkan analisis terhadap novel yang telah dilakukan iaitu karya klasik dan moden, jelas sekali ada yang berlainan.Nilai budaya yang terdapat dalam novel moden yang diberikan ialah novel Juara karya S. Othman Kelantan yang mengisahkan tentang amalan mengadu lembu yang dilakukan oleh masyarakat di Selatan Thai iaitu Bangnara. Kisah ini melibatkan unsur politik yang menjadi pokok cerita akan tetapi dilambangkan dengan permainan adu lembu yang menjadi bahan tersirat dlam novel juara ini.

Antara nilai budaya yag terdapat dalam novel Juara ini ialah nilai perjuangan dalam diri. Semangat perjuangan dlam diri ditunjukkan dalam novel ini menerusi watak Pak Mat.Semangat perjuangan danlam diri seseorang mendorong individu tersebut dalam mencapai sesuatu yang dingini.Dalam novel ini, Pak Mat berjuang habis-habisan dalam mencari Pak Isa ynag membunuh Abang Lzim.Dia sanggup pergi mencari ke Kelantan untuk menjejaki Pak Isa dalam misi membalas dendam.Hal ini, menunjukkan semangat perjuangan untuk menuntut bela. Pak Mat juga teringat akan dirinya semasa dia menjadi ahli politik yang kalah dalam pertandingan apabila dia banyak berkorban, berjuang dan sebagainya untuk meraih kemenangan akan tetapi gagal dan dia berhenti dari gelanggan politik dan merajuk ke Siam. Sebagai contohnya dalam petikan novel Juara,

Mamat kembali ke dalam dadanya. Kedalam ingatannya .Dia sedang berjuang sekarang. Perjalanannya ialah perjalanan orang yang berjuang….( Hlm: 29)


Dalam petikan jelas menunjukkan Pak Mat teringat akan perjuangannya ketika menjadi ahli politik akan tetapi gagal dalam meraih kemenangan kemudian merajuk. Dia juga sekarang ini sedang berjuang untuk menegakkan keadilan dalam mencari jejak Pak Isa yang menembak Abang Lazim.Nilai yang seterusnya ialah nilai kesungguhan dalam diri.Nilai kesungguhan dalam diri perlu ada untuk memcapi sesuatu matlamat yang diingini.Misalnya dalam novel Juara ini, Pak Mat sangat inginkan kemenangan dan dia melatih, mengawal dan memberikan makan yang secukupnya kepada Calet supaya Calet sihat dan kuat dalam menghadapi pertandingan di bon.Dia sanggup membiarkan anak dan isterinya mengikat perut dan menyatu makanan untuk menyara kehidupan seharian mereka.Hal ini berlaku keran Pak Mat inginkan kemenangan setelah dia kalah dalam pertandingan politiknya dan dia ghairah dalam mencapai kemenangan dalam mengadu lembu untuk mengecapi perasaan kemenangan. Contohnya,

Dalam kepala Jali ternampak kesungguhan jaguh tua ini dalam mengawal dan melatih lembu-lembu adu.Di teringat bagaimana Mamat berhai-hari, berminggu-minggu melatih dan menggalakkan Calet sebelum masuk bong. Di teringat bagaimana suatu hari perut Mamat hampir-hampir robek ditanduk  oleh Calet.
            (Hlm 41-42)



Petikan di atas menunjukkan kesungguhan dalam diri yang ditunjukkan oleh Pak Mat dalam melati dan menjaga Calet.Selain daripada nilai budaya yang terdapat di atas, nilai budaya yang lain pula ialah nilai cintakan ilmu pendidikan. Stiap individu harus mempnyai nilai cintakan akan ilmu terutamanya dalam soal pendidikan kerana dengn ilmu pendidikan akan dapat mengubah nasib seseorang individu itu. 

          Dalam novel Juara, pengarang menampilkan watak si ayah iatu Pak Mat yang berfikiran terbuka dan berpendidikan dengan menghantar anak bongsunya iaitu Jusuh ke sekolah agama yang terletak di Pasir Mas dan tidak tinggal bersama mereka di Selatan Thai.Hal ini demikian kerana anak-anaknya yang lain tidak mempunyai pendidikan tinggi dan sama sepertinya. Dia tahu Jusuh, anaknya tidak aka mengikutjejaknya yang mengadu lembu keran Jusuh pernah menytakan bahawa mengadu lembu adalah perbuatan judi salah disisi agama.Dengan ini, dia berasa yakin dengan Jusuh kerana Jusuh sangat bersemangat jika hal yang berkaitan dengan ilmu pelajaran. Dia mahu Jusuh mengubah nasib mereka seluruh keluarga dan tidak seperti anak mereka yang lain.  Hal ini dapat dilihat dalam petikan dalm novel Juara:

Dalam kepalanya terenang-renang keyakinan terhadap masa hadapan Jusuh anak bongsunya, yang sudah berumur empat belas tahun . Biarlah anaknya ini menjadi manusiayang sebenarnya .Jusuh sudah dimasukkan ke Sekolah Inggeris di Pasir Mas.


Nilai yang terakhir bagi nilai budaya ialah nilai budaya yang berkaitan dengan nilai amanah. Sifat amanah ialah sifat yang ada dalam diri seseorang  ke atas perkara, janji atau pesanan yang diberikan kepadanya untuk sesuatu hal yang penting dengan adanya kepercayaan yang tinggi kepada individu tersebut. Dalam novel ini pengarang menonjolkan watak Jusuh yang sangat amanah dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak kepada Pak Mat. Dia dijaga oleh saudara Mamat di Kelantan semata-mata ingin membenarkan anaknya itubersekolah di Kelantan agar mendapat pendidikan yang sempurna tidak seperti anak-anaknya yang lain.Jusuh pernah berikrar ingin belajar bersungguh-sungguh dan didengari oleh ayahnya itu iaitu Pak Mat.Pak Mat amat yakin dengan kebolehan Jusuh dalam pelajaran kerana Jusuh seorang anak yang baik.Hal ini, dpat dilihat dalam petikan di bawah yang menunjukkan sikap amanah Jusuh terhadap ahli keluarganya itu.


Jusuh akan belajar sungguh-sungguh, ayah. Dia hampir-hampir meraung mendengar ikrar tidak sengaja anaknya yang bongsu itu.Tunggal laki-laki.


PANDANGAN HIDUP 

 Menurut Syed Naquib al-Attas (1972), pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam  yang merangkumi hal dunia dan akhirat. Dengan itu dapatlah dirumuskan pandangan hidup menurut Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang menjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.Pandangan hidup adalah pendapat atau pertimbangan yang dijadikan pegangan, pedoman, arahan, petunjuk dalam kehidupan.

     Mengotakan Janji  yang Telah dibuat
Menepati janji mencerminkan salah satu sifat keperibadian yang baik.Individu yang cemerlang merupakan individu yang menepati janji apabila membuat sesuatu perjanjian.Menepati janji merupakan salah stu pandangan hidup yang terdapat dalam novel Juara. Hal ini dapat dilihat pada watak utama iaitu Pak Mat yang berjanji akan bersara  dalam bidang poltik jika dia kalah dalam pilihan raya dan dia menunaikan janjinya.  Contohnya:

            “Saya akan  bersara dari politik kalau saya kalah dalam pilihan raya ini!”
(Juara: m/s 8)

Dalam keadaan matanya yang sakit-sakit kerana tidurnya tidak cukup, dan tekaknya bengkak-bengkak oleh terlalu banyak bercakap, hari mengundi tiba.
            Dan keputusannya? Dia kalah lagi!!!

            Dia jatuh terjelepok di atas kerusinya di dalam dewan pembukaan undi di Maktab Ismail.Beberapa orang kawannya memegangnya.Dia dipapah kembali ke rumahnya. Semalam-malaman itu dia tidak tidur sepicing pun!

Lawannya yang dianggap mentah dan tolol dalam perjungan itu menjadi pahlawan atas kekalahannya. Dan, dengan ingatan yang kukuh dan azam yang kuat, dia mengingati akan sumpahnya- dia akan bersara daripada politik.

Dengan perasaan yang sangat terharu dan dukacita yang tidak terperikan, dia pun bersara daripada politik!
                                                                                                (Juara: m/s 85)             6.2     Kesetiaan

Kesetiaan merupakan salah satu pandangan hidup yang penting yang harus dipegang oleh setiap manusia.Kesetiaan sesamaa manusia untuk menjaga hubungan yang baik bagi yang sudah berkahwin mencerminkan keperibadian seseorang yang sangat mulia.Hal ini dapat kita lihat dalam novel Juara iaitu Minah yang sangat setia terhadap suaminya iaitu Pak Mat dan anak-anaknya. Minah sangat setia menuruti segala kehendak Pak Mat  walaupun terpaksa meninggalkan kampung halamannya.

Minah membungkam juga.Minah lebih suka mendengar daripada berkata-kata.Inilah kelebihan Minah, fikirannya.Minah tidak banyak cakap.Minah cepat bertindak dan setia dalam hidup.Minah sebenarnya ialah perempuan sejati.Kesetiaannya kepada suami dan anak-anak tidak terhingga.Kalau dia menangis, tangisannya kerana memikirkan hal-hal anak-anaknya.Kalau Minah gembira, kegembiraannya kerana anak-anaknya juga.Seratus persen Minah dilajirkan untuk suami dan anak-anaknya.
                                                                                                            (Juara: m/s 79)    Berpegang kepada Ajaran Agama Islam


Hukum membuat tahlil kepada oarang yang meninggal dunia adalah harus kerana melibatkan perkara-perkara yang baik.Kita sebagai umat Islam seharusnya ingat kepada kematian.Membuat tahlil untuk si mati dengan berzikir dan membaca ayat-ayat suci al-Quran.Hal ini dapat kita lihat dalam novel Juara yang mengadakan tahlil untuk arwah Pak Lazim yang mati ditembak selepas perlawanan berlaga lembu.

Mamat terperanjat sedikit. Sebuah salam memancing kenangannya. Suara salam Lebai Syukur. Kemudian, wajah yang lumrahnya dibaluti serban dan ketayap putih itu, menjongol.Diikuti oleh kumpulannya kira-kira sepuluh orang.Diikuti oleh Jali, Mat San, Semail dan Setapa.Kawasan rumah menjadi sendat.Kemudian, nak lagi.Sani dan Salim menyambut tetamu.Mempersilakan mereka semua.Kemudian, Lebai Syukur memulakan zikir.Mamat ikut berzikir bersungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen untuk arwah Abang Lazim. Biarlah arwah sahabatnya akan bersenang-lenang di dalam kuburnya.
                                                                                                                   (Juara: m/s 18)


 Pelajaran Penting untuk Berjaya dalam Hidup

Pelajaran merupakan salah satu aset yang penting untuk berjaya dalam hidup.Pelajaran amat berguna untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.Hal ini demikian kerana dalam novel juara Pak Mat sangat berharap anak lelakinya Jusuh berjaya dalam pelajaran dan menjadi insanya yang berguna. Ilmu yang baik dan berguna dapat menjamin masa depan anaknya. Contohnya:

Dia mengharapkan biarlah Jusuh akan dapat mencapai taraf pelajaran yang lebih tinggi untuk hidup dalam negara Tanah Melayu yang merdeka. Biarlah anaknya ini menjadi manusia yang sebenarnya.Jusuh sudah dimasukkan ke Sekolah Inggeris di Pasir Mas.Masih ada keluarganya di Pasir Mas untuk ditumpangkan Jusuh.Alhamdulillah, pelajaran Jusuh boleh tahan.

                                                                                                     (Juara: m/s 52)

Selain itu juga, pelajaran amat penting untuk berjaya dalam sesuatu bidang.Jika tiada pelajaran atau ilmu maka kegagalan pasti muncul.Kegagalan dalam mendapatkan pekerjaan yang baik.Hal ini demikian kerana dalam novel Juara Pak Mat ada mengatakan bahawa dia gagal dalam pilihan raya kerana dia tidak mempunyai pelajaran. Contohnya:

Dia gagal.Kegagalannya ialah kegagalan pelajarannya.Kegagalan perjuangannya ialah kegagalan pelajarannya.Kegagalannya dalam pilihan raya dua kali ialah kegagalan dalam pelajarannya juga.Semuanya berpunca daripada kegagalan pelajaran.Inilah puncanya.Inilah.Orang-orang yang setia seperti Jali, Mat San, Semail, malah Sani dan Salim ialah orang-orang yang gagal dalam pelajaran.Mereka sudah menjadi korban dalam persediaaan sebuah negara yang merdeka.Sebab itu mereka tidak mungkin hidup dalam negaranya sendiri kerana tidak sanggup memenuhi kekosongan kemerdekaan itu.

                                                                                                        ( Juara: m/s 55-56)

  Menolong Orang dalam Kesusahan

Menolong orang dalam kesusahan merupakan salah satu amalan yang sangat mulia.Pandangan hidup seperti ini harus ditanam dalam diri setiap manusia.Hal ini demikian kerana dalam novel Juara, Jali menyelamatkan Pak Mat daripada lembu yang sedang naik minyak. Jika Jali tidak menolong Pak Mat kemungkinan Pak Mat mati dikerjakan oleh lembu tersebut.

Mamat tersedu dalam hatinya.Diadiselamatkan oleh Jali. Ketika dia sedang diterjah oleh Aral iu, Jali baru tiba untuk menyambung menoreh getah di situ. Baru Mamat ingat.Hutan-hutan kecil itu di dalam getah Jali. Jali mendengar dia menyeru nama Sani. Jali segera menerkam ke tempat suara itu.Jali melihat Aral sedang mengerjakan dia. Jali mula-mulanya menyangka suatu permainan. Apabila, melihat itu sungguh-sungguh lalu masuk cuba menetak lembu itu. Akan tetapi, mujurlah Jali agak panjang akalnya.Dicapainya sebatang kayu.Dengan pukulan yang kuat ke atas tubuh lembu yang sedang mengamuk itu, telah melepaskan dia daripada tikamannya yang bertubi-tubi.Waktu itu juga turun Sani dan Salim.Kemudian, beberapa orang lagi datang. Aral cuba menerkam lagi. Akan tetapi, segera diberkas.

(Juara: m/s 69)

 Percaya kepada Qada dan Qadak  Allah

Kita sebagai umat Islam sharusnya percaya terhadap qada dan qadak yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ajal maut semuanya ditangan Allah s.w.t. hal ini demikian kerana dalam novel Juara Pak Mat percaya bahawa takdir setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Hal ini demikian kerana Pak Mat hampir-hampir kehilangan nyawa sebanyak dua kali. Pada kali pertama selepas perlawanan laga lembu, mungkin dia akan ditembak seperti Pak Lazim tetapi  Pak Mat pulang terlebih dahulu. Kedua semasa dia ditikam oleh lembunya sendiri ketika lembunya naik minyak.

Mamat memamah giginya sendiri.Dia mulai sedar.Ada usaha hendak membunuhnya.Tuhan yang menyelamatkannya.Tuhan masih melihat kebaikannya hendak memelihara anak isterinya.Kebaikan dia hendak menjadikan Jusuh anak yang berguna itulah memeliharanya.Dan, itulah dua kali dia terlepas daripada bahaya.Abang Lazim ditembak.Dia pulang awal.Aral menikamnya.Jali menyelamatkannya. Ya Tuhan! Mamat berseru dalam hatinya.Dia merasakan dirinya dalam kawalan Tuhan. Kawalan itu kerana doa anak-anaknya.

Nilai Ilmu      

Sesuatu ilmu mempunyai nilai yang tersendiri sama ada nilai yang positif mahupun nilai yang negatif. Terdapat pelbagai ilmu dalam dunia yang moden ini iaitu ilmu duniawi dan ukhrowi. Ilmu duniawi seperti ilmu matematik, sains, ilmu menjahit dan sebagainya.Manakala ilmu ukhrowi pula seperti ilmu ketuhanan, ilmu agama dan lain-lain lagi.Setiap ilmu yang ada ini mempunyai nilai-nilai yang tersendiri mengikut bidang-bidangnya.


  Ilmu Berlaga Lembu

Dalam novel juara yang kami kaji, penulis menggambarkan banyak ilmu berlaga lembu yang ditonjolkan oleh watak Mamat iaitu watak utama dalam novel ini. Ilmu berlaga lembu ini ditunjukkan seperti contoh petikan berikut :

“Dialah pahlawan lembu yang terbilang di dalam bong itu. Caletnya menang.”
                                                                                            (Juara, halaman 3)
“Dalam kepala Jali ternampak kesungguhan jaguh tua ini dalam mengawal dan melatih lembu-lembu adu.”
                                                                                           (Juara, halaman 41)
“Dua minggu dia dengan Abang Lazim melatih secara intensif pergerakan Chalet.Dua minggu dia melihat kepantasan Calet menerkan dan memlulas.”
                                                                                          (Juara, halaman 88)
“Langsat tidak akan menang, dia menonyohkan sebuah harapan ke dalam dada Abang Lazim.Lembu itu sudah agak tua.Walaupun pengalamannya banyak, tetapi cepat penat.”
                                                                                            (Juara, halaman 89)
“Calet tidak dapat ditikam. Sebab dia akan menyanggah dari bawah. Aku yakin, dua kali Langsat tidak dapat menikam, Calet mesti menang.”
                                                                                            (Juara, halaman 90)

   Ilmu Politik

Ilmu Politik merupakan salah satu bidang ilmu yang terus mengalami perkembangan, seiring dengan perkembangan masyarakat politik yang  menjadi kajiannya. Perkembangan itu contohnya, terlihat dari pelbagai pendekatan (approaches) untuk memahami dan menjelaskan fenomena politik. Mulai dari pendekatan perlembagaan, pendekatan perilaku, pendekatan perlembagaan baru, pendekatan post-perlembagaan, dan pendekatan-pendekatan lainnya.Dalam novel juara ni juga, banyak ilmu politik yang digambarkan oleh penulis melalui watak utama Mamat seperti petikan di bawah :

“Mayat Abang Lazim ditutup.Kain putih bersihitu mengingatkan kesucian perjuangannya dalam politiknya bertahun-tahun untuk mencapai kemerdekaan.”
                                                                                                (Juara, halaman 7)

“Sepuluh tahun yang lalu, ketika dia dikalahkan dua kali dalam pilihan raya di Kelantan selepas kermerdekaan, dia didatangi Abang Lazim.”
                                                                                               (Juara, halaman 16)

“Sayup-sayup dalam kepala Mamat terapung-apung kenangan masa gentingnya dalam politik.”
                                                                                               (Juara, halaman 40)

“Dia menjadi calon lagi dalam pilihan raya kedua selepas merdeka.Kali ini di dalam kawasannya sendiri-Kelantan Hilir.”
                                                                                               (Juara, halaman 82)

“Saya akan bersara dari politik kalau saya kalah dalam pilihan raya ini.”
                                                                                               (Juara, halaman 83)

  Ilmu Tingkah Laku

Teori tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut baik dan  buruknya, sejauh mana yang dapat ditentukan akal merupakan ilmu etika. Kata etika berasal daripada kata ethos yang bermaksud adat kebiasaan.Etika berbeza dengan pengertian moral.Moral merupakan tindakan manusia yang baik dan wajar, manakala etika pula lebih bersifat teori dan lebih menyelidik, memikir dan mempertimbangkan tentang yang baik dan yang buruk.Jadi, moral ini sebenarnya dibentuk daripada etika yang lahir hasil daripada budaya manusia.

“Abang Lazim berjuang untuk orang-orang yang bertaruh dalam perjudian laga lembu”.
(Juara, Halaman 7)

“Akan tetapi, apa yang menimpa Mamat sangat berat untuk ditolak.Mamat pernah menolongnya.Mamat pernah berbuat baik kepadanya”.
                                   (Juara, Halaman 33)

“Jali diam. Mamat diam. Masing-masing dapat mengagak betapa kecewanya seseorang yang kalah dalam perjudian lembu begitu”.
                                                                    (Juara, Halaman 37)

“Apa pun alasan sama saja.Dolah jahat.Dia kalah.Dia membunuh Calet. Dapat balikkah pitisnya?”.
                                                          (Juara, Halaman 38) 


TEKNIK KEPENGARANGAN

Kepengarangan merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam berkarya.Seseorang pengarang itu berkarya melalui pandangan mahupun pengalaman yang dilalui oleh mereka. Pengalaman tersebut diperoleh melalui bayangan, ingatan pembacaan, pemerhatian mahupun apa sahaja unsur yang hadir secara sedar mahupun tidak sedar.Teknik kepengarangan yang diguna pakai memenuhi keperluan zamannya dan sesuai dengan cara pemikiran masyarakat zaman karya itu ditulis.

Dalam masa menulis ternyata pengarang membiarkan karyanya berkembang dengan pengaruh-pengaruh yang sudah sedia ada.Apa yang bersifat asing yang dikemukakannya adalah yang sememangnya sudah sebati dengan masyarakat ataupun yang sudah dianggap sebagai kenyataan. Juara mengetengahkan latar masyarakat Melayu (selatan siam dan Kelantan). Pengarang dilihat menggunakan metafora pada laga lembu dengan menjadikan ia sebagai lapisan sekunder manakala lapisan primernya ialah motif politik yang diketengahkan.

Pengarang menggunakan laga lembu juga dilihat sebagai perlambangan bagi perjuangan politik semata-mata. Pengarang menjalinkan dua plot yang selari iaitu memperjuangkan politik Mamat sebagai perintis kemerdekaan dan pertandingan lembu di bon sebagai kegiatan masa lapang Mamat sebagai bekas ahli politik yang kalah.Pengarang memberi fokus kepada watak utama iaitu Mamat.Mamat digelar pahlawan lembu dan juara.Di gelanggang laga lembu secara psikologinya Mamat merasa menjadi juara semula kerana dia merasa seolah-olah dapat menebus kekalahan politiknya di tanah asalnya dulu.

S. Othman Kelantan menghasilkan karya yang membincangkan tentang politik Melayu, sosio budaya Melayu, sejarah tempatan dan Islam.Ciri yang paling menonjol ialah politik Melayu. Hal ini disebut beberapa kali dalam dialog watak-watak utama dalam deskripsi langsung, dan selebihnya disampaikan secara metafora (laga lembu). Ceritanya berpusat pada Mamat seorang, bekas ahli politik yang kalah :

dan keputusannya? Kalah lagi!!!
“Dia jatuh terjelepok di atas kerusinya di dalam dewan pembukaan undi di Maktab Ismail.Beberapa orang kawannya memegangnya.Dia dipapah kembali ke rumahnya. Semalam-malaman itu dia tidak tidur sepicing pun.”
“Lawannya yang dianggap mentah dan tolol dalam perjuangan itu menjadi pahlawan atas kekalahannya.Dan, dengan ingatan yang kukuh dan azam yang kuat, dia mengingati akan sumpahnya – dia akan bersara daripada politik.”
“Dengan perasaan yang sangat terharu dan dukacita yang tidak terperikan dia pun bersara daripada politik!.”                                                         
(Juara: m/s 85)
Dengan latar belakang yang demikianlah pengarang mengemukakan teknik penulisan imbas kembali dalam penulisan novel juara.Dalam teknik penulisan ini jelas terdapat pada watak Mamat yang mana watak Mamat ini sering mengimbas kembali saat-saat perjuangan politiknya dalam pilihan raya dan perjuangan yang kalah dan Mamat terpaksa bersara selepas kalah untuk kedua kalinya.

S. Othman Kelantan menggunakan latar masyarakat kampung Bangnara sebagai latar yang ‘istimewa’ sebagai landas kritik sosialnya, yang mana masyarakat yang berbangga  dengan kegiatan berjudi, hubungan peribadi sesama keluarga dan kawan sahaja dan perangai hasad dengki( yang banyak dibawa oleh aktiviti berjudi). Namun begitu, pengarang juga menujukkan sifat masyarakat di Bangnara sebagai masyarakat yang ganas kerana sering membawa parang, pistol dan senapang sebagai pilihan utama ke mana sahaja.

Pengarang dilihat menggunakan  simbolik masyarakat di Bangnara  sebagai masyarakat yang mungkin mudah terjebak menjadi puak yang bodoh sombong, menjadi ego kerana terasa benar, dan mudah melenting apabila ditegur walaupun sebenarnya memang salah. Kerana itulah pembunuhan sering berlaku di sini. Contoh dapat dilihat pada petikan :

“ Mamat kembali ke dalam dirinya. Bergerak dalam ingatannya.Sebentar tadi, dia bersama-sama Abang Lazim.Bersama-sama puaknya.Paling tidak dua puluh orang.Dua puluh orang ini orang dalam.Kemudian, mereka masuk bong lembu.Dialah yang jadi hero. Dialah pahlawan lembu yang terbilang di dalam bong itu. Caletnya menang.Yang kurang difikirkannya, dia buru-buru pulang tanpa menanti kawan-kawannya.Dia sedang memikirkan Minah. Memikirkan Melah. Memikirkan Selamah. Memikirkan Faisah. Paling akhir Jusuh. Dia meninggalkan bong dengan tergesa-gesa setelah mencekak wang hampir sepuluh ribu baht. Wang itu masih panas dan riang.Akan ditutupkan kerusuhan-kerusuhan keluarganya selama ini.”                                                                                                                       (Juara: m/s 2 dan 3)

“Ketika semua orang sudah pergi ,Mamat masih tercegat di pusara Abang Lazim dengan senapang laras duanya. Dia merenung pusara Abang lazim.Dia merenung kehidupan orang yang selalunya terapung-apung, terenang- renang, kabur tak kabur, dan sering kehilangan punca.”                                                             
(Juara: m/s 8)
Selain itu, pengarang menggunakan bahasa kiasan yang mana menyatakan metafora laga lembu dengan politik Melayu. Fenomena laga lembu dan latar belakang Mamat sebagai ahli politik yang lain adalah analogi yang sedia jelas dan tidak perlu diberitahu secara langsung lagi.

Mamat tiba-tiba teringat kepada perjuangan politiknya.Gelanggang politik dengan gelanggang lembu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama dengan politik. Sama-sama diperjudikan.Kalau lembu kalah orangnya pun kalah.Kalau politik kalah orangnya pun kalah.Politik itu lembu.Dan, lembu itu politik, fikir Mamat sebentar.                                                                                                                                                                (Juara: m/s 101)

Pengarang menggunakan teknik imbas kembali  dalam mengetengahkan semangat persahabatan. Yang mana semangat ini ditonjolkan melalui watak Abang Lazim dan Mamat.Abang lazim dan Mamat merupakan sahabat akrab yang tinggal berjiran.Hal ini kerana pada orang Kelantan jika berkawan baik, kawan itu kadang kala dianggap seperti keluarga sendiri.Sebab itulah konsep dendam Mamat sangat dahsyat kerana ikatannya antara dia dan Abang Lazim sangat akrab. Contoh ini dapat dilihat pada petikan :

“berbaringlah kau tenang-tenang, Lazim, di dalam kuburmu, dia berseru dalam hatinya. Dan, satu-satu detak jantungya berguguran jatuh ke dalam ingatannya selama hampir-hampir sepuluh tahun dia bersahabat dengan Abang Lazim di Selatan Siam ini.Alangkah serunya pengalaman.Alangkah!”                                                                                                                                                                          
                                                                                                                   (Juara: m/s 8)

Pengarang menggunakan penekanan kepada aspek membalas dendam dalam penulisan novel juara.Penekanan ini dilihat sebagai suatu yang sangat penting bagi masyarakat pada masa itu.Dalam novel juara dinyatakan prinsip bahawa tiada maaf bagi dendam yang belum tertunai.Membalas dendam pada masyarakat di Bangnara adalah suatu yang sangat wajib.Penekanan ini dilihat begitu ketara pada watak Mamat yang ingin menuntut bela kematian Abang Lazim.

Watak Mamat pada permulaan cerita juara ini mencari pembunuh sebenar Abang Lazim iaitu Pak isa. Namun diakhiri dengan penceritaan Pak Isa mati Cuma tidak dibunuh oleh Mamat .contoh ini dapat dilihat pada petikan :

“sekarang dia harus mengikut jejak Pak Isa. Dia mesti membela Abang Lazim…”
                                                                                                (Juara: m/s 30)

“Pak Isa mati, bisik jali ke telinga Mamat.”
“Mamat tersenyum puas.”                                                  
                                                                                                  (Juara: m/s 218)

Pengarang juga ada menyelitkan beberapa bahasa daerah (dialek) Kelantan dalam penulisannya seperti ambo, demo, mu, ngapa, bon (gelanggang lembu), semuntal (kain lilit kepala), kamkan (pengadil laga lembu).  Hal ini kerana, novel ini menggunakan latar masyarakat di Kelantan dan selatan siam. Contoh dapat dilihat pada petikan :

“Kamkan  datang menghampiri Mamat.”
“ Demo tak boleh masuk,” kata kamkan dengan lunak “orang yang demo lantik saja boleh”.                                                                               
(Juara: m/s 214)
Novel juara juga dianggap sebagai sebuah novel yang sistematik yang mana pengarang banyak menggunakan aksi dramatik dan dialog dalam penceritaannya.

Ambo tak tak kenal” Jaafar Beruang mengakui.
“boleh aku kenalkan” pantas saja Mamat menjawab. “Mat San ni ada kawan di Kemudi”
“Boleh ambo bawa. Demo tu tak kenal Abang Pa. jado semuanya mudah” Mat San menyampuk.                                                                                   
                                                                                                               
   (Juara: m/s 34)



UNSUR ESTETIKA DAN SENI BAHASA

Karya sastera memang mempunyai nilai estetik, sama ada tahap tinggi atau bertaraf rendah. Nilai estetik ini seharusnya dapat menikmati sebagai nikmat ketika membaca, menghayati dan memahami setiap hasil karya. Begitulah, bagi karya novel, cerpen, puisi  drama dan sebagainya ada terselitnya nilai-nilai estetika dan keindahan. Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi membawa maksud ‘kepekaan’ manusia terhadap sesuatu gaya penulisan.

  Estetik adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya.Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara berkaitan seni dan kesenian Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Nilai estetika itu sendiri melibatkan seni dan  keindahan. Apabila dilihat dari konsep yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsur ini dengan karya yang dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni.Secara umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta.
            
Selain itu, gaya bahasa sastera ini juga berperanan untuk menyampaikan maklumat serta merangsang daya pemikiran pembaca.  Penggunaan nilai estetika dalam penulisan ini menjadikan penulisan tersebut memiliki gaya yang tersendiri. Antara unsur keindahan yang terdapat dalam novel ini ialah, gaya bahasa perulangan seperti simile sinkof, gaya bahasa hiperbola, penggunaan kata dialek, penggunaan bahasa kiasan seperti simpulan bahasa dan sebagainya.


  Gaya Bahasa


1) Hiperbola
Hiperbola bermaksud pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan pandangam idea atau peristiwa.Dalan novel ‘Juara’ ini, terdapat banyak unsur hiperbola yang telah dikenalpasti.Gaya bahasa ini mampu menarik para pembaca untuk melihat perbandingan cerita yang disampaikan dalam konteks tertentu. Gaya bahasa hiperbola ini berfungsi untuk menerangkan cerita dengan terperinci dan menggunakan kata-kata yang melampau dan unsur lewah juga turut terkandung dalam gaya bahasa ini. Berikut merupakan contoh hiperbola yang terdapat dalam novel ini.

‘ Tiap-tiap wajah itu digayuti warna kerusuhan yang menakutkan. Dia cuba meraba kehairanannya itu dalam kepalanya.’
‘ Lazimlah yang menghalangnya. Dia dipaksa bersabar dalam seluruh kehancuran dadanya.’
‘ Pak Cik Lazim ditembak curi.’ Sebuah ucapan jatuh perlahan-lahan dalam gendang-gendang telinga Mamat.’
‘Jali agak geram.Matanya berpusing-pusing di dalam kawahnya agak cepat.Jali bersama-sama waktu itu.Apabila Mamat membiarkan Calet memberang kerana dipukul dengan kain merah.Jali melaung.Calet memberang dengan ganas berpusing membetulkan kaki hadapanya menerjah perut Mamat.
‘Sekolompok bayang-bayang keheningan yang bergelora sedang melintasi hati Minah’


2) Personifikasi
Seterusnya dapat dilihat pada unsur estetika personifikasi. Unsur personifikasi bermaksud pemberian sifat manusia terhadap sesuatu perkara sama ada benda hidup atau sebaliknya. Unsur estetika ini mampu menunjukkan keindahan dalam seni bahasa yang digunakan oleh pengarang.Unsur personifikasi di atas telah menunjukkan penggunaan sifat manusia telah diberikan kepada sesuatu perkara.Hal ini menunjukkan bahawa sifat manusia menjadikan sesuatu cerita itu menarik perhatian pengarang untuk ditunjukkan dan disamakan dengan sesuatu perkara.Berikut merupakan contoh unsur personifikasi.

‘Seperti mentari ingatannnya kembali ke dalam kepalanya.Dia cuba mengerahkan semua daya ingatannya.’
‘Malam kelmarin dia menemuinya’ Tiba-tiba Sani menukik kesunyian sebentar tadi antara mereka.Jusuh memberitahu.’
‘ Keadaan menyepi. Seluruh kehingar-bingaran yang menyodok-nyodok setiap sudut rumah mencekik hatinya.Seolah-olah keseluruhannya kawasan diselubungi dan dicekik kesepian.
‘Deburan ombak kegelisahan menggunung dalam dada Jali. Apakah Usin sudah tahu dia yang membunuh Dolah.’
Gunung-ganang keraguan itu terbangun dalam dada Jali. Dia tidak berani menyatakan lagi sikapnya tentang Dolah.’
‘Ketika Mamat sedar, dia mendapati dirinya digigit kesakitan yang tidak terperi.’

3) Simile
Unsur estetika ini bermaksud kiasan yang membandingkan benda yang berbeza tetapi mempunyai persamaan.Unsur ini merupakan keindahan yang paling banyak ditemui dalam novel ‘Juara’.Berikut merupakan contoh unsur simile yang ditemui dalam novel ini.

‘Kalau Aral menunjukkan bakatnya sebagaimana yang dikatakan Mamat, lembu ini akan kekal seperti Calet.’
‘ Di sini segalanya tidak terkawal. Seperti undang-undang tidak pernah ada.’
‘ Orangseperti Dolah Munduk tidak akan berjalan seorang diri. Tentu bersama-sama kawan-kawannya yang bertangungjawab menembak Calet.’
‘Aral seperti lembu yang sudah biasa masuk bong.Tidak takut-takut menghadapi ratusan manusia.’
‘Suara orang ramai seperti menangis menenggelamkan semua kawasan.Sani seperti menangis melihat kepayahan Aral untuk mengatasi desakan.’
‘Tanduk Cakah yang seperti lembing itu sedang menikam leher Nibung.’ Kemudian, cepat seperti sesuatu yang sedang berlaku, golok itu terlekat di leher Nibung’

4) Sinkof
Unsur estetika yang seterunsnya ialah sinkof yang bermaksud singkatan kata.Terdapat banyak singkatan kata yang digunakan dalam novel ini. Kebanyakkannya terdapat dalam dialog yang diutarakan oleh watak. Unsur sinkof ini menunjukkan unsur keindahan yang telah dipelbagaikan.Kebanyakkan yang dijumpai ialah singkatan kata tak, nak, dan banyak lagi.Berikut merupakan unsur sinkof yang terdapat dalam novel ini.

‘Ayah Melah selalu tak dengar cakap orang’ kata Minah separuh mendesis.Hatinya sangat kecewa dan bimbang.’
‘Susah nak cakap tentang ayah.’’ sampuk Melah.
‘Kawan naktanya demo tu, lawan mana’
Kau akan mengembalikan keagungan Calet yang telah dibunuh.Kau! Jali menunjual ke atas muka Aral dengan telunjuk perasaan.’

5) Disfemisme
Unsur seterusnya ialah gaya bahasa disfemisme yang bermaksud kata-kata kasar yang digunakan oleh penulis untuk merujuk kepada sesuatu. Kebanyakkan unsur ini dikenalpasti apabila watak sedang marah dan  perasaanya tidak dapat dikawal. Berikut merupakan contoh unsur ini.

‘Semail mengerti, lembu yang sudah gila selalunya tidak akan menjadi lembu laga yang baik.’
‘Dia hampir-hampir mengikut desakan nafsu gilanya sebentar tadi, ketika melihat dua lubang menembusi kepala dan perut Abang Lazim.

6) Pengaruh bahasa dialek
Novel ini merupakan novel yang keseluruhannya menceritakan tentang latar masyarakat Selatan Thai dan negeri Kelatan.Secara tidak langsung, pengarang telah mentelitkan beberapa dialek Kelantan dalam penulisannya.Berikut merupakan contoh dialek yang digunakan dalam novel ini.

Demo tak boleh masuk’ kata kamkan dengan lunak “orang yang demo lantik saja boleh masuk’.
‘Tanduknya cakah molek,’’ sampuk kawannya.
‘Sudah ada gu ?’ tanya orang itu kepada Semail.

Secara keseluruhannya unsur estetika dan seni bahasa ini sangat berkait rapat dan aspek karya agung. Novel ini sememangnya menarik dan gaya bahasa yang digunakan juga amat pelbagai. Hal ini telah menarik minat para pembaca untuk terus menghayati nilai estetika yang telah digarap oleh pengarang.



KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, karya Juara yang telah dihasilkan oleh S. Othman Kelantan banyak memaparkan kisah-kisah yang berkaitan pada dekad 1980-an. Pada waktu itu, novel yang dihasilkan lebih mencakupi persoalan politik dengan menggunakan pendekatan politik kuasa kerana terdapat pelbagai percanggahan dan penyelewengan demi kepentingan diri sendiri.Novel ini juga merupakan pantulan atau manifestasi realiti kehidupan sebenar masayarakat pada zaman itu.Namun, setiap isi atau jalan cerita yang digarap oleh S.Othman Kelantan dapat mengetengahkan kehidupan sebenar masyarakat Melayu Pattani dari setiap lapisan masyarakat terutamanya kehidupan pahlawan lembu.Terdapat pelbagai nilai karya agung yang boleh mengangkat karya ini pada pandangan mata masyarakat di dunia.Antaranya ialah pemikiran, nilai estetika dan kepengarangan, nilai budaya dan pandangan hidup serta nilai ilmu yang boleh dicedok buat panduan dalam kehidupan kita semua.Antara contoh yang dapat dilihat daripada keseluruhan cerita ini ialah melalui pemikiran mengenai politik dan perjuangan orang Melayu yang melalui pergolakan serta penipuan dan menjadikan novel ini diangkat namanya dalam dunia kesusasteraan. Jika diteliti ,pergolakan yang berlaku dalam bidang politik pada waktu itu lebih kurang sama dengan politik yang terjadi di negara kita pada hari ini.








1 comment:

  1. Hi. Saya seorang pelajar di IPT di Kuala Lumpur. . Saya ingin menjadikan blog ini sebagai rujukan kepada tugasan saya. Boleh saya saya dapatkan nama penulis blog ini

    ReplyDelete