HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


PENGENALAN HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Naskhah yang mempunyai 113 merupakan sebuah naskhah yang disalin oleh Encik Muhammad Yusof Bin Nuruddin dari naskhah yang lain telah siap pada 2 Rejab 1316 Masihi bersamaan dengan 16 hari bulan November 1898. Seperti yang diketahui, naskhah-naskhah Melayu terdahulu tidak memiliki nama pengarang kerana pengarang lebih suka untuk tidak menonjolkan diri masing-masing. Dalam Hikayat MerongMahawangsa ini, pengarangnya juga tidak dinyatakan nama melainkan hanya menggunakan gelaran fakir kerana insan yang lemah dan serba kekurangan. Penulisan hikayat ini didorong oleh raja Kedah, iaitu Sultan Mua’szam Shah ibni Sultan Mudzalfal Shah.

            Mengikut naskhah edisi A.J. Sturrock menyatakan bahawa Hikayat MerongMahawangsa ini merupakan karya yang jauh lebih mudah berbanding dengan naskhah Melayu yang lain seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Manakala Dr. C. Hooykaas pula berpendapat bahawa hikayat ini berasal dari abad yang ke-18. Pada waktu tersebut, dikatakan bahawa masyarakat Melayu telah lama mengetahui isi kandungan hikayat ini kerana telah tersebar melalui mulut ke mulut. Pada abad ke-19, barulah hikayat ini dicetak tetapi mengalami sedikit kesulitan kerana naskhah lama bertulisan tangan dan terpaksa berdepan dengan tulisan yang tidak jelas dan kesilapan ejaan.

            Naskhah Hikayat ini dikatakan jauh lebih muda kerana perkataan dan struktur ayatnya lebih sederhana penggunaan bentuk arkaik hanya sedikit. Berbanding dengan naskhah Melayu yang lain kerana struktur ayat yang panjang dan lebih kompleks. Selain itu, perkataan daripada pinjaman kata asing juga didapati lebih sedikit berbanding karya-karya Melayu yang lain. Hal ini demikian kerana, kedudukan Sian yang berdekatan dengan Salasungka dan mempunyai hubungan yang erat antara kedua-duanya menyebabkan sedikit pengaruh Siam lebih kepada nama-nama tokoh atau raja-raja.

            Hikayat MerongMahawangsa (HMM), yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu dipegang oleh kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang sah bagi mengabsahan hak dan kuasa raja ke atas negerinya.

            Namun, kebanyakan pengkaji-pengkaji sejarah Barat seperti R.O. Wistedt dan Dr.C.Hooykaas dalam buku mereka telah menyatakan bahawa hikayat ini merupakan satu kumpulan cerita Sejarah Melayu yang palsu dan ia hanya sekadar cerita rakyat yang mengandungi cerita yang pelik. Dengan adanya cerita-cerita dongeng seperti cerita Nabi Sulaiman dengan Burung Garuda, Raja Bersiong, iaitu anak yang lahir dari buluh dan cerita pengembaraan mengenai Sheikh Abdullah bersama penghulu Iblis. Jika dilihat dari kandungan penulisan hikayat Melayu, pengarang sememangnya diingatkan agar mencampurkan cerita sejarah dengan unsur-unsur dongeng dan khayalan kerana ia merupakan satu tradisi yang mesti dipatuhi untuk menghasilkan hikayat selain berkenaan dengan raja-raja.

            Oleh yang demikian, dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional, terdapatlah berbagai-bagai hasil sejarah, daripada yang paling terkenal kepada karya yang jarang-jarang diketahui, malah oleh orang Melayu sendiri. Bersama-sama dengan HMM dalam keluarga sastera sejarah ini terdapatlah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Acheh, Hikayat Palembang, Sejarah Raja-Raja Riau, Hikayat Bangkahulu, Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Johor, Hikayat Seri Kelantan, Hikayat Pahang, Hikayat Patani, Misa Melayu, Asal Usul Raja Sambas, Hikayat Banjar, Hikayat Kotawaringin, SalsilahKutai, Hikayat Siak dan berbagai-bagai lagi.

            Karya agung Melayu ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu pada dahulu dalam memberi gambaran idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya. Semua ini jelas akan dilihat daripada pemikiran masyarakat melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman. Antara ciri-ciri yang memperlihatkan sebuah karya itu mempunyai nilai yang tinggi dalam pandangan dunia ialah dinilai berdasarkan aspek pemikiran dalam karya, nilai estetika dan kepengarangan dalam karya agung, nilai budi dan pandangan hidup dalam karya. Selain itu, nilai ilmu dalam karya agung juga menjadi salah satu penyumbang kepada nilai sesebuah karya itu diangkat. Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, beberapa ciri karya agung yang telah dinyatakan itu akan menjadi ukuran untuk menganalisis secara terperinci bagi membuktikan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa ini merupakan hikayat yang agung dunia Melayu.



SINOPIS HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Hikayat ini dinamakan semperna nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan. Hikayat MerongMahawangsa mempunyai tiga bahagian. Bahagian pertama diceritakan mengenai raja pertama di Kedah ,iaitu Raja MerongMahawangsa. Manakala bahagian kedua, hikayat ini menceritakan mengenai tentang salah satu keturunan Raja Mahawangsa ,iaitu Raja Bersiung yang berlaku alim  kepada rakyatnya. Pada bahagian terakhir pula, hikayat ini mengisahkan mengenai proses pengislaman Kedah.

            Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan menggambarkan asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir, kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kaca mata masyarakat.  Hikayat MerongMahawangsa ditulis berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.

            Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Awalnya, hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja MerongMahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja MerongMahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja MerongMahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja MerongMahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam, putera kedua membuka negeri Perak, anakandanya yang ketiga seorang puteri membuka negeri Patani yang terakhir putera yang bongsu tinggal bersama dengannya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

            Walau bagaimanapun, cerita mengenai negeri Kedah, Perak dan Patani tidak dinyatakan namun digambarkan bahawa negri-negeri tersebut mempunyai pertalian yang erat antara negeri Kedah dan Siam. Seterusnya, diceritakan juga mengenai permulaan tradisi penghantaran bunga emas dan bunga perak oleh negeri Kedah kepada Siam apabila Raja Seri Mahawangsa, iaitu raja Kedah yang ketiga mendapat khabar bahawa kakanda sulungnya Raja Siam telah mendapat seorang putera. Dengan itu, Raja Kedah terus menitahkan agar tradisi menghantar bunga emas diteruskan sehingga ke akhir zaman setiap kali mendapat putera. Apabila Raja Seri Mahawangsa mangkat disebabkan mendapat tentangan daripada putera sulungnya Raja Seri Maha Inderawangsa kerana berkahwin dengan puteri bangsa gergasi. Walau bagaimanapun, hasil perkahwinan yang ditentang tadi telah dikurniakan Raja Bersiung , iaitu raja yang paling terkenal dalam hikayat ini kerana kekejamannya. Raja Bersiung atau Raja Ong Maha Perita Deria merupakan seorang raja yang zalim terhadap rakyatnya dan tersingkir dari takhta kerana telah diserang oleh menteri sendiri. Pemerintahan baginda diambil alih oleh puteranya yang bernama Raja Phra Ong Mahaputisat kemudian diganti pula dengan puteranya ,iaitu Raja Prha Ong Mahawangsa.

            Pada akhirnya, dicerita pula mengenai zaman pemerintahan RjaPrha Ong Mahawangsa. Negeri Kedah yang pada waktu itu telah menerima Islam yang dibawa oleh Syeikh Abdullah. Baginda merupakan raja Kedah yang pertama memeluk Islam dan telah menukar nama Sultan Mudzaffar Syah. Setelah meletakkan asas keislaman di negeri tersebut, baginda telah digantikan dengan puteranya, iaitu Sultan Mu’azzam Syah. Bagaimanapun, pada akhir hikayat ini, telah diceritakan mengenai jurai keturunan raja-raja yang memerintah Kedah sehingga kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, raja yang memerintah semasa hikayat ini disalin kali terakhir.



PEMIKIRAN PENGARANG 



  •     Definisi pemikiran dan idealisme


Pengarang cuba mengetengahkan pemikiran dan idealisme ke dalam karyanya. Hal ini demikian kerana, pemikiran dan idealisme merupakan tonggak utama dalam sesebuah karya.Begitu juga halnya dengan Hikayat Merong Mahawangsa ini. Pengarang telah mengetengahkan pemikiran dan idealismenya yang tersendiri. Istilah pemikiran itu pada asalnya terbit daripada kata akar ‘fikir’ (S. Othman Kelantan, 1997). Perkataan itu berasal dari istilah Arab ‘fikrun’ atau ‘aftar’. Dua perkataan ini membawa maksud ‘fikiran’. Menurut S. Othman Kelantan (1997: 6) lagi, kalimat fikir dan fikiran itu diertikan sebagai “ingatan, angan-angan, renung, akal; anggapan, pendapat, sangka, kira ; daya berfikir, akal, ingatan; hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan, upaya, muslihat”.

            Di samping itu, S.Othman Kelantan (1997) turut menjelaskan bahawa pemikiran merupakan satu fikiran atau idea yang muncul dan wujud dari golongan bijak pandai. Golongan ini menggunakan akalnya dalam memikirkan konflik yang dihadapi oleh masyarakat dalam lingkungannya, dan pemikiran tersebut dilebarkan oleh golongan cerdik pandai ke luar lingkungannya. Manakala idealisme menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:558-559) ialah sifat, iaitu sikap atau perbuatan melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal. Selain itu, idealisme turut membawa maksud pemikiran atau idea. Kesimpulannya, pemikiran dan idealisme membawa makna yang sama iaitu buah fikiran atau idea yang cuba diketengahkan oleh golongan cerdik pandai. Kebanyakkan pemikiran dan idealisme disebarkan melalui buku atau novel.


  • Pemikiran Hikayat Merong Mahawangsa


Berdasarkan penelitian khusus terhadap keseluruhan teks Hikayat Merong Mahawangsa, kami dapati bahawa pengarang mengaitkan galur cerita Hikayat Merong Mahawangsa dengan kisah Nabi Sulaiman dengan Burung Geroda adalah bertujuan untuk mengangkat keagungan Agama Islam itu sendiri.  Secara logiknya pengarang telah mengarapkan unsur dan nilai Islam sejak peringkat awal penghasilan Hikayat Merong Mahawangsa dengan begitu menarik.Hujah ini dapat diperkukuhkan melalui peristiwa Burung Geroda yang berusaha menghalang perkahwinan antara Putera Raja Rom dengan Puteri Raja China. Burung itu telah merencanakan pelbagai musibah seperti memusnahkan angkatan Putera Raja Rom, menculik Puteri Raja China dan sebagainya namun segala usahanya menemui kegagalan. Hal ini boleh dilihat di dalam bab 2 dan 3 Hikayat Merong Mahawangsa ini. Konklusinya pengarang meletakkan batu asas dalam penulisannya bahawa segala yang berlaku tidak boleh dipertikaikan kerana ianya berlaku dengan izin Allah S.W.T. Perkaitan peristiwa yang digarapkan oleh pengarang dapat dilihat melalui peranan watak Nabi Sulaiman dalam hikayat Merong Mahawangsa sebagai khalifah di muka bumi yang boleh berbicara dengan haiwan secara tegasnya telah menyatakan kepada Geroda  bahawa terdapat empat perkara yang tidak dapat diubah dalam kehidupan makhluk melainkan dengan izin Allah iaitu rezeki, jodoh pertemuan penceraian dan perkara yang memutuskan rezeki. Pengarang mengangkat martabat unsur Islam kerana kegagalan Burung Geroda dianggap sebagai simbol kekalahan unsur Hindu kerana dipercayai bahawa Burung Geroda adalah burung mistik agama Hindu yang cuba memperlihatkan keangkuhannya kepada Nabi Sulaiman A.S.

            Peristiwa perlantikan Merong Mahawangsa sebagai wakil kepada Raja Rom untuk mengiringi Puteranya ke China bagi dikahwinkan dengan Puteri Raja China menunjukkan bahawa pengarang ingin mengambarkan kehebatan Merong Mahawangsa yang mempunyai hubungan akrab dan menjadi orang sandaran kepada Raja Rom kerana beliau memiliki kesaktian yang luar biasa.  Melalui penelitian yang jitu, dapat kita simpulkan bahawa pengarang mengaitkan Merong Mahawangsa yang merupakan pengasas kerajaan Negeri Kedah dengan pemerintah negara-negara hebat seperti Rom dan China bagi menunjukkan bahawa Merong Mahawangsa bukanlah sembarangan orang malahan beliau disanjungi oleh pemerintah agung dunia yang lain. Ideologinya, pengarang ingin menwujudkan kekaguman pembaca terhadap pengasas Negeri Kedah iaitu Merong Mahawangsa melalui penggaluran peristiwa-peristiwa tersebut.

            Persoalan mengenai kerasionalan pengarang mengaitkan Hikayat Merong Mahawangsa dengan dua buah kerajaan besar iaitu Kerajaan Rom dan China pada permulaan hikayat ini dilihat bertujuan untuk mengangkat kedudukan Merong Mahawangsa sendiri sebagai seorang pemerintah agung.  Ironinya, Kerajaan Rom dan China menjadi sandaran penulis kerana jika dilihat pada zaman tersebut kedua-dua buah negara ini adalah merupakan dua kuasa hebat dunia. Dengan mengaitkan Merong Mahawangsa dengan kedua-dua buah negara ini dapatlah kita mentakrifkan bahawa pengarang sebenarnya ingin mengangkat darjat pengasas Kerajaan Kedah iaitu Merong Mahawangsa yang dikatakan mempunyai ikatan yang sangat erat dengan pemerintah Rom dan China malah beliau juga terlibat secara tidak langsung dalam pentadbiran Kerajaan Rom malahan beliau turut menjadi orang sandaran Maharaja Rom. Selain itu, pengasas Kerajaan Kedah bukanlah calang-calang orang dan itulah sebenarnya pemikiran politik yang ingin disampaikan pengarang melalui perkaitan hikayat dengan dua buah kuasa besar tersebut.

            Pengarang telah menterjemahkan peristiwa penabalan Merong Mahawangsa sebagai raja di suatu kawasan yang didiami oleh kaum gergasi dengan penuh dramatik. Melalui penggarapan peristiwa ini dapat kita hujahkan bahawa pemikiran politik yang cuba ditonjolkan pengarang adalah berkisarkan kehebatan dan kesantunan yang dimiliki oleh Merong Mahawangsa telah membuka mata kaum gergasi yang digeruni ramai untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan tersebut. Peristiwa ini telah diriwayatkan dengan teratur oleh pengarang, kisah ini bermula setelah kegagalan Merong Mahawangsa dalam mencari Putera Raja Rom yang diserang oleh Geroda selama beberapa hari lalu beliau mengambil keputusan untuk belayar mencari Putera Raja Rom. Beliau dan anak kapalnya telah singgah di subuah kawasan yang didiami oleh kaum-kaum gergasi yang sangat digeruni oleh sekalian manusia pada ketika itu namun Merong Mahawangsa sedikitpun tidak gentar dan terus mengadap kaum tersebut dan dengan rendah hati serta sopannya beliau telah memohon untuk mendirikan pertempatan sementara di kawasan tersebut. Melihatkan kesantunan dan keberanian yang luar biasa dimiliki oleh Merong Mahawangsa, kaum gergasi sepakat untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan tersebut yang akhirnya diberi nama Langkasuka oleh Merong Mahawangsa. Seterusnya, melalui rentetan peristiwa ini pengarang cuba membangkitkan nilai keluhuran dan kesantunan yang dimiliki oleh seorang pemerintah sehebat Merong Mahawangsa.

            Pemikiran politik dalam hikayat Merong Mahawangsa dapat diteliti dengan lebih jelas melalui penumpuan khusus terhadap bahagian dua hikayat Merong Mahawangsa iaitu salasilah keturunan Raja Kedah yang bermula daripada Kerajaan Langkasuka dibawah pemerintahan Merong Mahawangsa sehinggalah pentadbiran Kedah Zamin Turan dibawah Raja Phra Ong Mahawangsa. Melalui penelitian terhadap salasilah pemerintah-pemerintah Kedah yang diriwayatkan oleh pengarang, dapatlah kita rumuskan bahawa politik dan pentadbiran Negeri Kedah bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa asing dimana pemerintah bebas untuk memilih pengantinya tanpa campur tangan kuasa luar.Intipatinya pengarang melalui tulisannya ingin memberi gambaran kepada pembaca bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang berdaulat dan kuat.

Selain itu berdasarkan Riwayat Merong Mahawangsa, pengarang meriwayatkan bahawa Kedah merupakan negeri pertama di sebelah utara semenanjung yang diasaskan malahan Kedah jugalah yang diuar-uarkan sebagai pengasas kepada beberapa buah kerajaan luar lain seperti Pattani, Perak dan juga Siam.  Menurut Hikayat ini Raja Kedah yang kedua iaitu Raja Merong Mahapudisat telah mengikut arahan ayahandanya untuk memartabatkan anakandanya di beberapa kawasan baharu.Telah diriwayatkan bahawa setelah putera-puterinya meningkat dewasa Raja Mahapudisat telah mengurniakan kepada mereka alat kebesaran negeri beserta pengiring untuk merantau bagi membuka negeri baru. Hasilnya, Putera Sulungnya telah membuka Negara di utara Negeri Kedah yang dinamakan Siam Lancang, Putera tengahnya telah berjaya membuka sebuah negeri di sebelah selatan yang dinamakan Perak manakala Puterinya yang ketiga telah membuka Negeri Pattani. Putera bongsunya diangkat sebagai Raja Kerajaan Kedah setelah kematiaan beliau. Kesemua anak-anak Raja Merong Mahadipusat yang mengetuai negeri Siam, Pattani, Perak dan Kedah dikataaan mempunyai hubungan yang sangat akrab antara satu sama lain. Ideologinya pengarang mengariskan penceritaan hikayat ini sebegini bagi mengangkat sejarah Negeri Kedah sebagai sebuah kerajaan agung yang berdaulat.

            Berbeza dengan kebanyakkan fahaman lain, menerusi Hikayat Merong Mahawangsa pengarang menyatakan ideologi pemikiran politiknya bahawa bunga emas yang dihantar oleh Kerajaan Kedah kepada Negeri Siam bukanlah tanda mengakui ketuanan Siam terhadap Kerajaan Kedah namun ianya adalah sebagai simbol kekeluargaan dan penghargaan. Bedasarkan penulisan Hikayat Merong Mahawangsa sebenarnya bunga emas yang dikirim oleh Sultan Kedah kepada Kerajaan Siam adalah bertujuan untuk memberi ucapan penghargaan kepada kekandanya Raja Siam yang menyambut kelahiran bayi sulung.Pengarang menerusi penulisannya menekankan bahawa tradisi penghantaran bunga emas bukanlah tanda kelemahan Kerajaan Kedah namun lebih bersifat kemesraan atau tanda yang muda menghormati yang tua. Negeri Siam juga dilihat telah membantu Kerajaan Kedah dalam menyelesaikan kemelut dalaman Negeri Kedah melalui peristiwa bantuaan Kerajaan Siam dalam mencari penganti yang sesuai untuk mengantikan Raja Bersiuang yang telah melarikan diri akibat ditentang oleh pembesar berempat kerana kekejamannya.

            Selanjutnya, pemikiran politik yang cuba diketengahkan oleh pengarang bersandarkan kepada peristiwa perkahwinan antara Maharaja Seri Maha Inderawangsa dengan wanita daripada golongan gergasi adalah untuk menyatakan bahawa keturunan pemerintah Kedah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sehinggakan golongan gergasi yang mempunyai kedudukan yang rendah adalah tidak setaraf untuk dijadikan sebagai isteri.  Mengikut nilai zaman dahulu tentulah perhubungan antara dua darjat yang berbeza amat memalukan bagi keluarga Diraja Kedah.Pokok pangkalnya, disebabkan kedegilan Maharaja Seri Maha Inderawangsa beliau telah dianggap menderhaka dan dikatakan akibat kecewa dengansikapnya itu ayahandanya iaitu Maharaja Seri Inderawangsa telah meninggal dunia. Selain membangkitkan isu darjat, pengarang juga turut menonjolkan isu balasan Tuhan terhadap sikap derhaka seorang anak dimana menurut riwayat ini Maharaja Seri Maha Inderawangsa telah dikurniakan seorang Putera yang bernama  Raja Ong  Maha Peria Deria yang lebih dikenali sebagai Raja Bersiung.

            Berikutnya, pengarang telah menggarapkan perkembangan watak Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih dikenali sebagai Raja Bersiung secara kronologi penuh dimana pembentukan sifat semula jadinya dari awal lagi menuju keaarah kezaliman dan ketidakperikemanusiaan. Perkembangan watak ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh beliau sendiri.Siung yang tumbuh juga merupakan sesuatu yang berada di luar dugaan dan kawalan raja tersebut kerana peristiwa baginda mendapati masakan yang dicampur dengan darah manusia juga merupakan suatu peristiwa yang tidak disengajakan.Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu mengikut perasaan Raja Bersiung telah bertindak di luar batasan kemanusian apabila beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya saban hari demi mendapatkan darah.Kemuncak kezaliman Raja Bersiung menemui penghujungnya apabila Menteri keempat membuat keputusan untuk menentang Raja Bersiung demi keselamatan rakyat dan negeri.Pengarang mengetengahkan eleman kekejaman raja yang akhirnya mendapat balasan terhadap perbuatannya melalui peristiwa ini disamping mengutarakan keberkesanan sistem pentadbiran feudal yang didokong oleh watak pembesar berempat yang berjaya menyelesaikan masalah dalaman Negeri Kedah seterusnya berjaya memelihara kesejahteraan rakyat.

Pengarang turut mengetengahkan pemikiran politik beliau  melalui peristiwa pemilihan peganti Raja Ong Perita Deria dengan bantuan daripada Kerajaan Siam dengan menggunakan bantuan gajah sakti iaitu Gemala Johari.  Melalui peristiwa ini pengarang ingin menyampaikan bahawa Siam dan Kedah saling bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik dan Kerajaan Kedah turut mengakui peranan Kerajaan Siam sebagai penaung Kerajaan Kedah. Pengarang meriwayatkan bahawa setelah Raja Bersiung  menghilangkan diri dalam rumpun buluh betung setelah diusir oleh rakyatnya, Kerajaan Kedah ketiadaan raja maka pembesar berempat beserta Raja perempuan Kerajaan Kedah telah menghantar utusan ke Siam bagi memohon Kerajaan Siam Membantu mencari waris Raja Bersiung untuk ditabalkan sebagai Raja Kedah. Akhirnya dengan bantuan Siam, Putera Raja Bersiung dapat ditemui dan menggunakan gelaran Raja Phra Ong Mahadipusat.Peristiwa ini menjelaskan kepada umum bahawa pengarang telah tunduk kepada kovensi-kovensi penulisan sejarah Melayu tradisional dengan mengangkat martabat dan maruah rajanya ke tahap yang paling tinggi.

Pengarang turut menyelitkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa mengenai hubungan Kerajaan Kedah dengan Kerajaan Acheh yang terjalin agak lama.Walau bagaimanapun pengarang tidak menceritakan hubungan antara kedua buah kerajaan ini dengan jelas kerana dari segi ideologinya pengarang tidak mahu pembaca memandang rendah terhadap Kerajaan Kedah kerana persaingan sengit dalam bidang perdagangan menyebabkan Kerajaan Kedah sering diserang Acheh.Selain itu, hubungan dengan Kerajaan Acheh juga adalah bertitik tolak kepada perkongsian kitab-kitab Agama Islam dalam kalangan pemerintah kedua buah Negara juga telah lama berlansung.

Sebenarnya, dalam Hikayat Merong Mahawangsa, bahagian terpenting ialah bahagian yang mengisahkan pengislaman Negeri Kedah.Pengarang telah mencoretkan karyanya dari zaman gelap sehinggalah munculnya cahaya kebenaran tatkala kehadiran agama Islam.Penggarang mengutarakan bahawa kemasukan agama Islam inilah yang mengubah corak hidup masyarakat di Negeri Kedah secara totalnya ke arah yang lebih berdisiplin, bermoral, dan bernilai suci.Kisah pengembaraan Syekh Abdullah dengan Penghulu Syaitan dikatakan menjadi perintis kepada sejarah pengislaman Negeri Kedah.Raja Ong phra Mahawangsa merupakan raja Kedah yang pertama yang memeluk Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muzalfal Syah kerana baginda tertarik dengan keperibadian yang dimiliki oleh Syeik Abdullah. Konklusinya, kisah pengembaraan ulama ini telah diriwayatkan oleh pengarang bagi menyatakan kehebatan agama Islam dalam membawa kegemilangan tehadap sosial,ekonomi malahan politik Kerajaan Negeri Kedah juga sehingga muncul sebagai perlabuhan terkemuka dunia.


NILAI BUDAYA

  • Definisi nilai 


Nilai menurut Tylor dalam Imran Manan ( 1989: 19) menyatakan bahawa moral termasuk sebahagian dari kebudayaan iaitu suatu tentang baik dan buruk, benar dan salah yang kesmuanya dalam konsep yang lebih besar akan dikategorikan sebagai nilai. Nilai merupakan suatu sifat atapun perilaku seseorang itu dalam menggambarkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam diri seseorang. Pengertian nilai menurut para ahli mungkin boleh ditemukan pada ilmu firasat. Nilai merupakan istilah yang dapat ditemukan pada salah satu cabang ilmu firasat , iaitu aksiologi (filsafat nilai). Nilai dijadikan landsan, alasan, atau motivasi dalam bersikap dan bertingkah laku, baik disandari  ataupun tidak. Nilai biasa digunakan untuk menunjukkan benda-benda yang abstrak. Nilai boleh diertikan sebagai nilai sifat dari sesuatu yang bermanfaat bagi kehidupan manusia. Secara teorinya, makna nilai sesungguhnya berpandu sebagai pengamalan oleh manusia unntuk bersama manusia dengan keyakinan dapat dipertanggungjawabkan secara sosial budaya dan dengan Sang Pencipta.

  • Definisi Budaya


  • Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa sebagaimana juga budaya, merupakan bahagian yang tidak terpisahkan daripada diri manusia itu sendiri sehingga ramai orang cenderung menganggapnya diwariskan secara genersi. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang yang berbeza budaya dan menyesuaikan perbezaan-perbezaannya, membuktikan bahawa budaya itu dipelajari.

            Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. Budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosiobudaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia. Beberapa alasan mengapa orang mengalami kesulitan ketika berkomunikasi dengan orang dari budaya lain terlihat dalam definisi budaya. Budaya adalah suatu perangkat rumit nilai-nilai yang dipolarisasikan oleh suatu citra yang mengandungi pandangan atas keistimewaannya sendiri. 


NILAI BUDAYA DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Antara nilai-nilai budaya yang terdapat dalam Hikayat Merong Mahawangsa ialah adat kepada perintah iaitu ketaatan kepda raja dan pemimpin. Perilaku menghormati raja atau peimpin merupakan sesuatu perkara yang udah damakan sejak dahulu sehinggalah sekarang. Jika sesapa yang melaggar titah ataupun peraturan raja akan ikenakan tulah ataupun bernasib yang buruk. Sebagai contohnya, dalam Hikayat Merong Mahawangsa:

Maka sembah Raja Merong Mahawangsa, “ Baiklah, tuanku, barang yang dititahkan itu patik kerjakan, tuanku.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 7)


            Dalam petikan ini menjelaskan bagaimana menghormati pemimpin yang ditunjukkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Raja Merong Mahawangsa telah menerima tugas yang diberikan oleh Raja Rom dengan senang hati. Arahan yang diberikan oleh Raja Rom agar Raja Merong Mahawangsa pergi ke Benua China untik mengganntikannya dan menyampaikan hasratnya untuk mengahwinkan anakandanya dengan puteri raja Benua China. Hal ini menunjukkan bahawa sikap Raja Merong Mahawangsa yang meneria tugas yang diberikan membuktikan bahawa beliau merupakan seorang yang taat keada raja dan pemimpin.

            Seterusnya ialah adat berpegang teguh kepada adat resam. Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang-larang dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, adat berpegang teguh kepada adat resam ini ditunjukkan dengan penggunaan sirih dn pinang yang berperanan penting dalam upacara, adat ersam dan budaya semasa oleh masyarakat pada ketika itu. Dalam hikayat ini jelas menunjukkan penggunaan sirih dan pinang dalam menyambut tetamu. Contoh petikan ialah:

setelah sudah dibaca surat itu lalu sama duduk sekalianya itu berjabat tangan. Maka raja China pun menyorongkan puannya sirih persantapan pada Raja Jin Harman Syah, katanya, “Makalah sirih hai saudaraku Raja Harman Syah,” serta menyuruh keluaria itu.
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 26)

            Adat yang berikutnya dalam menunjukkan nilai budaya ialah adat memuliakan orang yang lebih tua. Sikap ini merupkan sikap yang mulia disisi kita dalam memelihara adat dansopan terutamanya masyarakat Melayu. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, adat memuliakan orang tua ini ditunjukkan oleh anak Raja Rom iaitu dalam keadaan sakit setelah bahteranya dimusnahkan oleh burung Geroda etapi beliau masih lahi mampu menguncapkan kata-kaata yang sopan kepada Mak Inang. Malahan, beliau masih lagi membahasakan ibu kapada Mak Inang. Hal ini menunjukkan bahawa beliau sangat menjaga adat walaunpun dalam keadaan sakit. Sebagai contohnya petikan halaman 16:


Maka sahut anak raja Rom itu dengan perlahan-lahan, “ Hai ibuku, bahawa dengan sesungguhnya beta ini manusia juga. Betalah anak raja Rom, hendak pergi kahwin dengan puteri anak raja Benua China dengan beberapa buah bahtera…

(Hikayat Merong Mahawangsa, hlm 16)

            Dengan terdapatnya nilai-nilai ang dinyatakan ditas itu maka boleh menyatakan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa ini banyak memaparkan nilai-nilai budaya yang baik untuk dijadikan teladan dan santapan kepada generasi yang akan datang dalam memelihara adat dan sopan masyarakat Melayu pada ketika itu.


PANDANGAN HIDUP HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

  • Pandangan Hidup Hikayat Merong Mahawangsa

Pandangan hidup adalah pendapat atau pertimbangan yang dijadikan pegangan, pedoman, arahan,petunjuk dalam kehidupan. Selainitu, pandangan hidup juga merupakan pendapat atau pertimbangan hasil daripada pemikiran manusia berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat hidupnya .Pandangan hidup terbahagi kepada tiga iaitu pandangan hidup bersumberkan agama, pandangan hidup bersumberkan alam dan pandangan hidup bersumberkan akal.


  • Menghormati autoriti

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa ini, dapat dilihat pandangan hidup burung garuda yang tetap menghormati Nabi Allah Sulaiman sebagai autoriti dan yang berkuasa di dunia pada waktu itu. Walaupun burung garuda tersebut merancangkan kejahatan dengan berniat mahu memisahkan Raja Rum dengan puteri benua China, dia tetap bertanya dan merujuk kepada Nabi Allah Sulaiman untuk memberitahu akan rancangannya itu.


Maka kata burung garuda kepada burung rajawali: ‘Dimana dapatia sekalian hendak mengerjakan pekerjaanitu? Pada fikiranku tiada boleh jadi, tetapi nantilah dahulu, aku hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman karena iaitu raja besar di dalam dunia ini. Jikalau sudah ada seperti yang demikiann itu, tiadalah aku beri jadi pekerjaan nikah keduanya anak raja dua buah negeri itu



  • Percaya kepada takdir

Percaya kepada takdir merupakan pandangan hidup yang dapat kita lihat dalam diri Nabi Allah Sulaiman. Baginda sangat percaya kepada takdir. Hal ini dapat dilihat dalam kepercayaan baginda mengenai jodoh pertemuan yang tidak dapat dipisahkan walaupun terdapat dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi.


Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai burung garuda, demi Tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu didalam batu atau didalam kayu sekali pun tiada yang dapat mencheraikan dia’

                                                                                                ( HMM: m/s 3)



  • Berpegang pada janji

Berpegang pada janji merupakan salah satu pandangan hidup yang terdapat dalam HikayatMerongMahawangsa. Hal inidapat dilihat pada burung garuda memasang niat yang tidak baik dan merancang perpisahan antara raja Rum dan puteri raja benua China, namun burung garuda tersebut berpegang pada janji. Burung garuda berjanji kepada Nabi Allah Sulaiman akan mengundurkan diri dan tidak mengganggu kedua-dua anak raja tersebut andainya ia tidak berjaya memisahkan kedua-duanya. Janji burung garuda ini ditepatinya dan ia pergi membawa diri kelaut Kalzum yang jauh daripada manusia.


‘Maka sembah burung garuda, ‘YaNabi Allah, akan pekerjaan itu atas hamba mullah mencheraikan dia. Jika tiada dapat hamba mencheraikan anak raja kedua itu nischaya hamba undurlah daripada bawah langit danatas bumi daerah tempat kediaman segala manusia sekalian ini.’

                                                                                                ( HMM: m/s 3-4)

  • Taat kepada pemerintah

Pandangan hidup ini telah sebati dan diamalkan dalam diri rakyat yang terdapat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Jika dilihat, rakyat jelata menanamkan dalam diri mereka hati yang taat kepada pemerintah dengan setia parahan dan perintah mesti ditunaikan. Hal Ini dapat dilihat dalam pemerintahan Raja Bersiung. Rakyat jelata masih bertahan berada dalam pemerintahan baginda biarpun baginda seorang yang kejam. Bukan sahaja rakyat jelata yang taat kepada pemerintah, malah seorang yang mempunyai kesaktian dan ditakuti raja-raja, iaitu Raja Merong Mahawangsa. Raja Merong Mahawangsa menerima arahan daripada Raja Rum untuk membawa anaknya ke benua China untuk dikahwinkan dengan puteri benua China.


Maka titah Raja Rum kepada Raja MerongMahawangsa, ‘Hai saudarahamba, hendaklah saudara pergi ke Benua  China, ganti hamba membawa pergi paduka anakanda ini, kahwinkan dengan anak Raja Benua China.’ Maka sembah Raja Merong Mahawangsa, ‘Baiklah, tuanku, barang yang dititahkan itu patik kerjakan, tuanku.’
                                                                                                ( HMM: m/s 5)



  • Mengagungkan dan mempercayai kekuasaan Tuhan

Hikayat Merong Mahawangsa ini juga memperlihatkan betapa Nabi Allah Sulaiman sangat mengagungkan dan mempercayai akan pekerjaan dan kekuasaan Tuhan. Baginda percaya bahawahanya Tuhan yang mempunyai kuasa atas segalanya dan manusia atau makluk Tuhan tidak dapat menentukan sesuatu perkara sekalipun. Baginda percaya kepada janji Tuhan dan kekuasaan Tuhan. Kepercayaan baginda dapat dilihat semasa baginda berkata-kata dan member pengajaran dan tauladan kepada raja-raja dan menteri-menteri berkenaan dengan tindakan burung garuda yang cuba mencabar kekuasaan Tuhan dengan memisahkan manusia yang telah ditetapkan-Nya untuk bersatu.


Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai segala raja2 dan menteriku bangsa yang baik2, hendaklah engkau dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang menjadikan aku dan kamu sekalian diatas segala makluknya, dalam empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan janji daripada Tuhan alam. Pertama rezeki, sedikit atau banyak ada sehari semalam itu tiadalah segala makluk hendak tentukan, sekalian dengan janjinya juga. Kedua, perkara yang memutuskan rezkinya, seperti yang akan datang mara dan maut, hendak mengetahuikan dia dan hendaklah jangan kamu tentukan bumi tempat kematiannya, melainkan kesudahannya dengan janji Allah jua. Ketiga, perkaranya jodoh pertemuan satu2 makluknya; jikalau berhimpunlah seisialam duniaini daripada segala bangsa yang dijadikan Allah Ta’ala, hendak mencheraikannya, melainkan dengan kehendak Tuhan yang menjadikan sekalian alam jua, denganjanjinya. Keempat, perkara pencheraian yang sudah sampai waktu, saat harinya, tiada akan dapat hendak menantikan esok harinya, tiadalah boleh, melainkan dengan sekaliannya itupun dengan janjinya jua.’

( HMM: m/s 22)


NILAI ILMU HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Nilai yang diperkatakan ini boleh dilihat di dalam sastera Melayu melalui istilah “pandai” iaitu pandai besi, pandai keris, pandai emas, dan sebagainya. Kebiasaannya, petua-petua orang tua-tua sememangnya dipercayai dan dijadikan sebagai rujukan ilmu. Hal ini penting bagi memelihara adat dan warisan bersama agar terus berkekalan. Tradisi ilmu Melayu juga mengiktiraf dan cukup menghormati orang yang menguasai ilmu batin atau mistik, ilmu ramalan, dan ilmu bahasa.




  •            Ilmu Teologi

Istilah teologi berasal daripada perkataan ‘Theos’ (Yunani) yang diertikan sebagai ‘Tuhan’ dan ‘Logos’ yang memberi maksud ‘ilmu’. Jadi, ilmu teologi dapat diinterprestasikan sebagai ilmu tentang Tuhan atau ilmu ketuhanan. Ilmu teologi berkisar tentang Tuhan dan hubungannya dengan manusia, sama ada berdasarkan kebenaran wahyu ataupun penyelidikan akal murni. Ilmu teologi berfungsi untuk memantapkan kepercayaan-kepercayaan dan keimanan bagi menghilangkan pelbagai keraguan dari sudut Islam. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), terdapat nilai ilmu teologi mengenai tuhan seperti petikan berikut :

“Hai burong geroda!demi Tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sekali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia.”

                                                                             (HMM, halaman 4)


  •          Ilmu Etika

Teori tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut baik dan  buruknya, sejauh yang dapat ditentukan akal merupakan ilmu etika. Kata etika berasal daripada kata ethos yang bermaksud adat kebiasaan. Etika berbeza dengan pengertian moral. Moral merupakan tindakan manusia yang baik dan wajar, manakala etika pula lebih bersifat teori dan lebih menyelidik, memikir dan mempertimbangkan tentang yang baik dan yang buruk. Jadi, moral ini sebenarnya dibentuk daripada etika yang lahir hasil daripada budaya manusia. Contoh petikan dalam HMM mengenai ilmu etika adalah seperti berikut :


“Maka budi pekerti serta akal bichara pun terlalu amat baik. Jika ayahanda baginda itu dudok di-balairong membicharakan hukum, maka ia keempat pun ada-lah bersama2 dudok mendengar hukum adat perintah orang.”

                                                                                 (HMM, halaman 46)

  •            Ilmu Estetika

Ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian disebut sebagai estetika. John Cohn(1869-1967), seorang ahli falsafah Jerman mendefinisikan estetika sebagai teori tentang keindahan dan seni, manakala Maz Dessoir yang hidup pada zaman yang sama juga mengatakan bahawa lapangan estetika jauh lebih luas daripada bidang keindahan. Ruang lingkup estetika merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan sedih dan lucu, yang bergaya dan yang mulia, bahkan yang buruk atau busuk pun dapat dikaitkan dengan keindahan, keindahan yang relatif. Konsep keindahan yang dikenali sebagai al-jamal terdapat dalam Islam. Contoh petikan dalam HMM mengenai ilmu estetika adalah seperti berikut :

“Adapun pelayaran angkatan anak Raja Rum hendak pergi kahwin ka Benua China itu adalah seperti burong terbang ka- sarang, dan tiang-nya saperti batang pepara laku-nya, barang di mana berlaboh dan berhenti itu saperti pulau yang besar…”

                                                               (HMM  halaman 8&9)




  •            Ilmu Metafizika

Aristotle menyatakan bahawa ilmu metafizika merupakan ilmu agama kerana beliau percaya dengan kewujudan Tuhan, dan itu sebagai tanda alam daripada segala yang wujud. Manakala Al-Kindi pula memandang metafizika itu sebagai falsafah yang membahaskan tentang makluk dan alam abstraknya. Ibn Sina menyatakan tentang argumentasi ontology yang berkisar tentang pemikiran tentang ilmu kejadian dan hakikatnya. Falsafah ini berbicara tentang tiga subjek yang menjadi perbincangan iaitu Tuhan, manusia dan benda-benda yang tidak berakal seperti pohon, air dan lain-lain. Contoh petikan dalam HMM mengenai ilmu metafizika adalah seperti berikut :

“….malaikat ka-laut yang bernama Kalzium dengan sebab hendak menetapkan shari’at Nabi Muhammad Rasul-Allah dengan keramat kitab Quran dan hendak menentukan i’tikad yang sa-benar-nya yang bernama uagam Islam wa rahamtul-Illahi wa barakatuh.”
                                                                          
                                                     (HMM, halaman 112)
                 





  •             Ilmu Kosmologi

Falsafah yang mengkaji tentang hal-hal yang berhubung dengan alam disebut sebagai kosmologi.  Alam berhubung dengan kejadiannya,“Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang berlayar di lautan yang memberi manfaat kepada manusia, air hujan yang diturunkan Tuhan dari langit, maka dihidupkan bumi yang sudah mati dan berkeliaranlah pelbagai bangsa binatang dan perkisaran angin dan disuruh bekerja di antara langit dan bumi, sesungguhnya semua itu menjadi bukti kebenaran untuk orang-orang yang berakal.” (Surah al-Baqarah, ayat 164) Contoh petikan dalam HMM mengenai ilmu Kosmologi adalah seperti berikut :


“Lalu bertemu-lah dengan tanah bumi yang baik terlalu-lah indah tempat-nya dengan tanah-nya menjadi tiada-lah turun ka-bahtera-nya; gila dengan membuat kota, istana dengan balai-nya yang terlalu amat besar-nya lagi dengan indah-nya.”

      (HMM, halaman 18&19)



  •  Ilmu Jampi

Dalam konteks masyarakat Melayu, Harun Mat Piah (1989) menjelaskan bahawa jampi ialah semua jenis pengucapan sama ada dalam bentuk prosa atau puisi yang mengandungi tujuan dan konotasi magis, pengubatan dan perbomohan. Jampi dalam erti kata lain disebut juga sebagai mantera, serapah, sembur, puja, seru, tangkal dan lain-lain lagi. Haron Daud (2001) pula menyatakan bahawa jampi ialah semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi atau bahasa berirama yang mengandungi unsur magik dan diamalkan oleh orang tertentu, terutama bomoh dengan tujuan kebaikan atau sebaliknya. Contoh petikan dalam HMM mengenai ilmu jampi adalah seperti berikut :

“Hai ahlil-nujum, hendak-lah tuan hamba lihat di-dalam nujum itu ka-mana juga raja dalam negeri itu dan siapa patut kita gantikan menjadi raja?”

    (HMM, halaman 82)




TEKNIK KEPENGARANGAN 


  • Definisi Kepengarangan

Kepengarangan merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam berkarya. Seseorang pengarang itu berkarya melalui pandangan mahupun pengalaman yang dilalui oleh mereka. Pengalaman tersebut diperoleh melalui bayangan, ingatan pembacaan, pemerhatian mahupun apa sahaja unsur yang hadir secara sedar mahupun tidak sedar


KEPENGARANGAN HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


  • Pengarang menggunakan unsur mitos.

Unsur mitos yang pertama dapat dilihat dalam kisah ‘Burung geroda dan Nabi Allah Sulaiman’.Membayangkan pengetahuan pengarang tentang cerita-cerita berkenaan mukjizat nabi-nabi dan mukjizat Nabi Allah Sulaiman ialah boleh berkata-kata dengan unggas dan haiwan. Pengarang mencampur adukkan unsur Islam dengan unsur Hindu. Garda ialah unggas kenderaan Visynu. Mungkin ini merupakan ingatan di bawah sedar pengarang kepada agama yang pernah dianuti oleh nenek moyangnya. Contoh : 

Sabda Nabi Allah Sulaiman “ hai burung geroda! Demi tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sekali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia” maka sembah burung geroda, “ ya Nabi Allah , akan pekerjaan itu atasmu-lah mencheraikan dia. Jika tiada dapat hamba mencheraikan anak raja kedua …’’ (muka surat 5, bab 2).


Peristiwa mitos yang kedua pula dilihat pada bab Raja Bersiung.Pengarang menggunakan daya kreatifnya dengan mengaitkan mitos terhadap kisah Raja Bersiung, iaitu lambang kezaliman raja ke atas rakyatnya. Pengarang mengarap pengetahuan pengarang tentang suatu mazhab dalam agama BudhhaTantrik yang bernama Bhairaya. Di dalam mazhab ini mengorbankan manusia sebagai sebahagian dari upacara. Pengarang menganggap perbuatan memakan manusia itu sesuatu yang ganjil dan gagah yang harus dikagumi. Dengan ini pengarang menyatakan bahawa rajanya adalah berasal daripada keturunan raja yang megah dan berani. Seluruh peristiwa ini merupakan suatu mitos untuk merakamkan keagungan asal usul raja. Contoh :


“ … Maka Raja Bersiung pun segera turun dengan pedang-nya yang sudah terhunus serta titah-nya ‘bunoh-lah orang itu.’ Maka kata Kampar itu, “ Hai! Raja ini membnoh dengan tiada di-periksa.” Maka Raja bersiung pun marah, datanglah hampir dengan Kampar itu mengangkat pedang²-Nya hentak menetak. Maka kata Kampar , ‘Hai raja bersiung, gila-kah hendak membnoh orang tiada dengan periksa sungguh pun memakan hati darah orang, lepaskan-lah ikatan aku ini serta aku tiada dengan senjata ini ada-kah boleh aku melawan? Bunoh-lah sekarang neschaya puas-lah raja memakan hati darah-ku”. (muka srat 70,bab 9).



  • Pengarang menggunakan fakta Islam dalam Hikayat Merong Mahawangsa.


Pengarang historiografi Melayu bukanlah pengarang biasa untuk hanya mengemukakan sejarah negerinya. Tanggungjawab lebih besar kerana ia juga harus mempertahankan kedaulatan dan maruah rajanya. Keistimewaan Hikayat MerongMahawangsa yang teragung ialah cara yang dipilih oleh pengarang untuk mengisahkan bagaimana Raja Phra Ong Mahawangsamemelok agama islam. Pengarang mengatakan Islam yang sampai ke Kedah it dibawa oleh Sheikh Abdullah dari Baghdad. Pilihannya wajar bukan sahaja nama itu mengandungi ‘aura’nya yang terasing tetapi juga kerana Baghdad tidak mempunyai pentingnya sebagai suatu pusat perkembangan dan pentadbiran kerajaan islam.

Terdapat pada bab akhir ‘Raja dan a’ayatmemelok Islam’. Seperti yang kita sedia maklum raja Kedah sebenarnya pada masa itu memeluk agama hindu, sehinggalah kedatangan Sheikh Abdullah datang ke negeri kedah dan mengajaknya memeluk agama islam dan mengajarnya tentang agama islam. Pengarang menyatakan bahawa kitab Al-Quran diturunkan di Mekah kepada pesuruhnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan makamnya terletak di Medinah. Selepas itu, raja Pra’ Ong Mahawangsa merupakan raja kedah yang pertama memeluk agama islam dan baginda mengguna nama Sultan Mudzafar Shah selepas memeluk agama islam.Contoh :


“Maka Sheikh Abdullah, “ ada pun jangan-lah Tuanku sakalian ketahuilah ini-lah zaman agama Nabi Muhammad Rasulullah yang akhir zaman. Hendak-laj kita sakalian umat yang kemudian ini membawa shari’at agama Islam menurut kitab Qur’an yang diturunkan Allah subhandah wa-Ta’ala kepada pesuroh-nya Nabi Muhammad di-dalam negeri Mekah dan kubornya di negeri  Medinah, dan segala agama yang dahulu itu sesat jua tiada dengan sabenarnya, jangan tuanku tiada ketahui dengan sebab agama yang tiada sa-benar itu-lah datang iblis shaitan membuat haru-biru.” Maka kata raja Pra’ Ong Mahawangsa, ‘ jikalau demikian hendaklah tuan hamba tolong hamba sakalian ini ajarkan agama islam yang sa-benar itu”. (muka surat 144, bab 14).



Pengarang ini telah menggunakan kebebasannya untuk melanggar kebiasaan ini. Jelas kepadanya unsur mitos dan realiti. Kemungkinan lain ialah pengarang menemui kesempatan di sini untuk memasukkan mitos ini kerana tidak sesuai di bahagian lain. Beliau mesti memasukkan mitos ini kerana di dalam penulisan-penulisan lain mitos ini tidak ditinggalkan. Gaya yang tersendiri ini ialah hasil kepintaran pengarang menggemblengkan unsur-unsur realiti. Pengarang telah membuktikan bahawa beliau mempunyai daya imaginasi yang kuat ketika mengolah bahagian ini.Kisah bagaimana Islam sampai ke Kedah mestilah mengatasi penceritaan-penceritaan lain yang sudah ada. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengadunkan unsur realiti dengan mengadunkan unsur realiti dengan yang bukan realiti tetapi masih boleh diterima akal.


Kesimpulannya ialah sesebuah karya historiografi seperti Hikayat MerongMahawangsa mestilah dihadapi dengan fikiran yang terbuka dan tanpa prasangka serta ukuran-ukuran asing. Kebanyakan hasil kesusasteraan Melayu klasik lurus dan jujur. Walaupun menggunakan perlambangan, perlambangan itu adalah yang sudah dikenali oleh seluruh masyarakat.Walaupun bagaimanapun adalah sukar bagi kita menafikan bahawa orang yang berjaya menghasilkan Hikayat MerongMahawangsa ini adalah seorang pujangga agung. Beliau mempunyai bakat bercerita yang istimewa serta luas pengetahuan dalam berbagai bidang. Beliau juga seoarang yang bijaksana serta tahu akan tanggungjawabnya.



SENI BAHASA HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Karya sastera memang mempunyai nilai estetik, sama ada tahap tinggi atau bertaraf rendah. Nilai estetik ini seharusnya dapat menikmati sebagai nikmat ketika membaca, menghayati dan memahami setiap hasil karya. Begitulah, bagi karya novel, cerpen, puisi  drama dan sebagainya ada terselitnya nilai-nilai estetika dan keindahan. Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi membawa maksud ‘kepekaan’ manusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu merupakan istilah estetika yang digunakan untuk  kajian falsafah. Selain itu, estetika juga membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika.


Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, banyak unsur estetika yang wujud. Antaranya, pengaruh bahasa, gaya bahasa, penggunaan ayat klasik, unsur-unsur retorik dan sebagainya. Gaya bahasa dalam kesusasteraan pula merupakan gaya bahasa yang memiliki kesenian dan mengandungi nilai estetik yang merupakan nilai yang mampu membangkitkan perasaan serta mengharukan pembaca sesebuah karya sastera.  Selain itu, gaya bahasa sastera ini juga berperanan untuk menyampaikan maklumat serta merangsang daya pemikiran pembaca.  Penggunaan nilai estetika dalam penulisan ini menjadikan penulisan tersebut memiliki gaya yang tersendiri. Antara unsur keindahan yang terdapat dalam hikayat ini ialah, gaya bahasa, penggunaan bahasa istana, penggunaan ayat klasik, penggunaan bahasa kiasan seperti simpulan bahasa dan sebagainya.


  • Gaya Bahasa Hiperbola


Melalui Hikayat Merong Mahawangsa dapat dikenalpasti unsur hiperbola antara yang paling banyak digunakan. Hiperbola bermaksud pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan pandangam idea atau peristiwa. Unsur ini dapat dikenalpasti berada pada penceritaan unsur mitos. Hiperbola berfungsi untuk memperhebatkan lagi penceritaan unsur mitos ini. Contohnya ,


‘’ Setelah itu bahtera Raja Merong Mahawangsa pun singgah kapada suatu pulau mengambil ayer kayu. Maka garuda pun datanglah seperti rebut taufan yang teramat besar menyambar dan memukul dengan sayap-nya dan menendang dengan kaki-nya kepada bahtera anak Raja Rum itu hingga habislah karam tenggelam segala kapal dan kechi itu.’’
(halaman 16)

‘’ Maka tengah ramai sakalian bertikam itu maka Raja Nuloh Betong pun sampai-lah menyerbukan diri-nya sakalian kadalam kaum Dato’ Sangki itu bertikam bertetak pedang bertangkisan bertikam keris terlalunya ramai tiada sangja bunyi lagi’’
(halaman 154)



  • GAYA BAHASA PERSONIFIKASI


            Seterusnya dapat dilihat pada unsur estetika personifikasi. Unsur personifikasi bermaksud pemberian sifat manusia terhadap sesuatu perkara sama ada benda hidup atau sebaliknya. Unsur estetika ini mampu menunjukkan keindahan dalam seni bahasa yang digunakan oleh pengarang. Contohnya,


“ Sa-bermula maka tersebut-lah perkataan pulau Langkapuri itu, sa-lama peninggal perang Seri Rama dan Anduman jadi sunyi-lah pulau itu, tiada siapa dudok.’’
(halaman 3)


Maka burong garuda itu pun ada masa zaman Seri Rama dan Anduman biasa masok perang, banyak juga kesakitan dan banyak juga segala binatang yang terbang dan berjalan di bumi takut akan dia’’
(halaman 4)
“ Ada pun segala yang datang mengadap itu tiadalah sekali-kali memanggongkan kepala-kepalanya seperti ada orang menekankan kepala perasaan-nya serta dengan takut negerinya daripada kesakitan..”
(halaman 152)


            Unsur personifikasi di atas telah menunjukkan penggunaan sifat manusia telah diberikan kepada sesuatu perkara. Hal ini menunjukkan bahawa sifat manusia menjadikan sesuatu cerita itu menarik perhatian pengarang untuk ditunjukkan dan disamakan dengan sesuatu perkara. 



  • GAYA BAHASA SIMILE



Unsur estetika seterusnya dapat dikenalpasti dalam Hikayat Merong Mahawangsa ialah unsur simile. Unsur estetika ini bermaksud kiasan yang membandingkan benda yang berbeza tetapi mempunyai persamaan.  Unsur ini merupakan keindahan yang paling banyak ditemui dalam hikayat Merong Mahawangsa. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang cuba dibandingkan sebagai kiasan. Antaranya ialah,


‘’ Ada pun pelayaran angkatan anak  Raja Rum hendak pergi kahwin ke Benua China itu adalah seperti burung terbang ke sarang dan tiangnya seperti batang pepara lakunya; barang dimana berlabuh dab berhenti seperti pulau yang besar serta dengan segala bunyi-bunyian ‘’
(halaman 8)

Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarik busar anak panahnya yang bernama Ayunan itu ke udara, bergemuruhlah bunyinya seperti halilintar membelah, maka segera tepiskan dengan sayap tiada kena.‘’
(halaman 10)

‘’ Hatta maka ia menggerakkan tubohnya lalu menjadi sa-ekor ular tedung selar besarnya seperti perdu nyior dengan lidah-nya panjang terjulor, matanya saperti keromong’’
(halaman 71)





  • Penggunaan Bahasa Istana

            Tidak dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik kerap berlaku berbanding dalam karya Melayu Moden. Watak utama di dalam karya bahasa Melayu klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibarkan sultan, permaisuri, anakanda, dayang, pembesar, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa istana amat diperlukan untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih menarik dengan keindahan bahasa istana yang sangat lembut dan berlapik.  Penggunaan bahasa istana juga diperlukan dalam karya bahasa Melayu lasik bagi mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dapat dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang dipetik daripada Hikayat Merong Mahawangsa yang berbunyi ,


’Maka raja itu pun bersemayamlah’’
( halaman 52)

“Patek ini mohon-lah hendak kembali,’’ serta bertanya nama negeri itu. Maka titah Raja….’’
‘’… oleh raja kapada segala dayang-dayang menyuroh membawa hidangan yang lebeh untuk disantap baginda itu disuroh beri kepada.. ‘’
(halaman 65)


            Namun begitu, penggunaan bahasa istana ini kurang digunakan di dalam bahasa Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Kebanyakan penulis akan menggunakan tema berkaitan dengan masyarakat moden yang tidak akan dikaitkan dengan keluarga diraja seterusnya penggunaan bahasa yang indah seperti bahasa istana tidak dapat dikekalkan dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Melayu Moden.


  • Penggunaan Bahasa Klasik

Penggunaan bahasa klasik merupakan salah satu unsur keindahan dalam hikayat ini yang menunjukkan keunggulan sesebuah karya agung tersebut. Seperti yang diketahui umum penggunaan ayat Melayu klasik ini meleret-leret penggunaanya dan ianya merupakan ayat Melayu lama yang tidak diguna pakai lagi pada hari ini. Penggunaan ayat yang panjang juga merupakan salah satu unsur estetik dalam karya agung iaitu salah satu aspek yang dapat membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden. Ciri ayat tersebut boleh dilihat dalam hikayat ini. Contohnya,


‘’Tiada berapa lama satelah  lengkap segala kelengkapan dan bingkisan serta beberapa pakaian yang akan dibalasnya kapada saudaranya ngeri Kedah itu. Satelah diperbuat surat kepada saudaranya barangkali kita boleh putera maka hendaklah saudara kita perbuat beri seperti bunga  emas bunga perak hantarkan mari kepada kita kerana perkerjaan itu terlalu amat kesukaan bermain akan dia’’
(halaman 58)


‘’Hatta maka adalah saorang budak perempuan chuchu kepada Nang Miri Gergasi kerana toknya Nang Miri gergasi itu pergi ka Benua Siam hantarkan Raja Benua Siam itu kerana Nang Miri gergasi itu pun ia suatu penghulu dan raja kepada segala tentera gergasi.’’
(halaman 59)


  • Pengaruh Bahasa Asing

Penggunaan bahasa yang pelbagai sangat berleluasa dalam bidang penulisan terutamanya penulisan karya klasik.  Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu, masyarakat mempelajari pelbagai bidang bahasa dan kemahiran tersebut diaplikasikan dalam penulisan.  Penggunaan bahasa yang pelbagai ini adalah pengaruh daripada masyarakat Arab, Jawa dan Parsi yang datang ke alam Melayu dengan tujuan perdagangan dan menuntut ilmu.  Contohnya bahasa Sanskrit yang berlaku sejak zaman kuno lagi iaitu dari abad ke-7 hingga abad ke-13. Bahasa ini dibawa oleh pedagang India dan disebarkan oleh pendeta agama hindu dan Buddha.


‘’ Sebermula maka tersebut-lah perkataan Raja Rum sedang di-hadap
oleh segala raja-raja yang besar yang bermahkotaka dengan segala menteri.. “
(halaman 7)


            Seterusnya, penggunaan bahasa Arab yang mula berkembang apabila kedatangan islam  ke alam Melayu dan berkembang kerana pihak istana memeluk islam. Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang digunakan oleh penulis zaman dahulu dalam penulisannya.  Hal ini demikian kerana pengaruh bahasa Arab ini berleluasa di alam Melayu akibat daripada masyarakat Arab yang berhijrah serta menuntut ilmu di alam Melayu sehinggakan bahasanya boleh mempengaruhi penulisan karya-karya Melayu.  Hikayat Hang Tuah yang merupakan salah satu karya Melayu tidak terlepas daripada mendapat pengaruh daripada bahasa Arab.  Terdapat pelbagai perkataan Arab yang digunakan dalam karya tersebut. Contohnya,


‘’ Syahadan memohonkan taufik-lah ka-hadzreret Tuhan ‘’
(halaman 2)


“Alhamdulillahi Rabbil alamin dengan nama Allah Tuhan yang amat pemurah lagi maha mengasehani akan sekalian hambanya’’
(halaman 1)


Kesimpulannya dapat dinyatakan bahasa seni bahasa dalam unsur estetika ini mampu menarik perhatian pembaca untuk menunjukkan keindahan bahasa yang terdapat dalam hikayat ini. Keindahan yang cuba ditunjukkan dalam hikayat ini mampu mengangkat hikayat ini sebagai karya agung dimata masyarakat. 



KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Hikayat MerongMahawangsa menampilkan banyak falsafah hidup , estetika dan kepengarangan, nilai budaya dan pandangan hidup serta nilai ilmu yang digunakan oleh golongan pemerintah, golongan antagonis mahupun rakyat jelata.

             Disentuh mengenai falsafah hidup ini yang menjadi pegangan dalam diri mereka sehingga tindakan mereka banyak dipengaruhi oleh falsafah hidup yang diciptakan sendiri mahupun diajarkan oleh orang lain. Falsafah hidup dalam Hikayat MerongMahawangsa sangat berguna dalam kehidupan seharian. Kebaikan yang dapat membimbing rakyat dan pemimpin dalam mengolah corak kehidupan dan pentadbiran. Falsafah hidup yang meletakkan Tuhan yang paling berkuasa seperti yang dipegang oleh Nabi Allah Sulaiman menunjukkan ketaatan baginda sebagai umat Allah. Falsafah hidup ini menjadi panduan dalam kehidupannya. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa masyarakat dalam Hikayat MerongMahawangsa memiliki falsafah hidup dalam kehidupan seharian mereka.

                 Selain itu, nilai keindahan juga dapat dilihat dalam karya ini dan membuktikan bahawa hikayat ni boleh dianggap sebagai karya teragung. Diselitkan unsur keislaman apabila menceritakan Raja Phra Ong Mahawangsa  memeluk Islam dan menitahkan para pembesarnya memusnahkan segala berhala pada waktu itu.  Kemungkinan pada waktu itu, berhala yang  dinyatakan lebih kepada masyarakat yang menganut agama Buddha.  Agama Islam yang mula-mula dibawa masuk juga membuktikan bahawa karya ini mempunyai nilai yang tertinggi pada pandangan dunia.

                 Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Hikayat MerongMahawangsa merupakan hikayat yang mempunyai nilainya tersendiri dengan memiliki ciri-ciri karya yang dapat dikaitkan dengan keunggulan atau kebijaksanaan akal budi bangsa Melayu .

No comments:

Post a Comment