Monday 20 April 2015

Pengenalan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Terlebih dahulu kami ingingkan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus BMS 3022 Karya Agung, iaitu Dr. Seri Lanang Jaya Hj Rohani kerana telah memberi sokongan dan dorongan sepanjang 14 minggu menjalani kuliah di dalam kelas. Tugasan yang terakhir merupakan binaan laman sesawang untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan sekelas dan tatapan pembaca.

Tujuan kami membangunkan laman sesawang ini adalah kerana ingin berkongsi maklumat tentang karya-karya klasik dan moden untuk tatapan pembaca sekalian. Selain itu, kami juga ingin memaparkan isi dan idea yang telah dibentangkan kepada pembaca mengenai karya klasik Hikayat Merong Mahawangsa dan novel Juara. Kedua-dua karya ini telah dikaji dari aspek sinopsis, keindahan estetik, kepengarangan, seni bahasa, nilai ilmu , nilai budaya dan pandangan hidup. Kami telah mengupas berdasarkan aspek-aspek tersebut bagi membuktikan bahawa karya-karya ini boleh diangkat sebagai karya yang agung pada pandangan mata dunia.

Oleh itu, kami berharap bahawa dengan adanya laman sesawang mengenai perkara yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca mengenai karya-karya yang telah kami pelajari sepanjang menghadiri kelas karya agung selama 14 minggu.

Di bawah, kami sertakan contoh karya yang kami kupas dan analisis dari aspek-aspek yang telah disebutkan tadi. :)

 

Terima kasih kerana membaca :)

No comments:

Post a Comment